728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Thursday, December 9, 2010

Opera Cake


Opera Cake

Bahan Kek Sponge Badam
Bahan A
7 biji kuning telur
100ml mentega cair/minyak jagung
100ml susu segar
100gm tepung superfine / Tepung Hongkong
200gm serbuk badam

Bahan B
7 biji putih telur
170gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Coffee Syrup
1/2 sudu besar serbuk kopi instant (nescafe / cappucino)
100ml air panas
1 sudu besar gula kaster
(Larutkan)

Chocolate Ganache (utk saiz kek 6 atau 7")
250gm coklat masakan hitam - di potong kecil
200ml UHT whipping cream /Thickened cream 

Cara :  (Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk.  Biarkan pada suhu bilik, kacau semula bila hendak di sapu di atas lapisan kek.

White Chocolate Coffee Ganache
200gm coklat masakan putih - di potong kecil
150ml UHT whipping cream /Thickened cream
1 sudu teh coffee emulco 

Cara :  (Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk semalaman.   Apabila hendak digunakan, pukul coffee ganache menggunakan high speed sehingga kental, baru disapu ke permukaan kek.

atau Coffee Buttercream
250gm mentega tawar
80gm gula ising
1 1/2 sudu besar coffee emulco

Cara :  Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan coffee emulco dan putar hingga sebati.

Coklat Ganache (untuk saiz kek 8 atau 9")
250ml UHT whip cream
400gm coklat masakan - potong kecil
30gm mentega

Cara :  Panaskan whip cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.  Tutup api, masukkan coklat masakan dan mentega kacau hingga larut.  Untuk filing, sejukkan dahulu sebelum di sapu ke permukaan kek.  Untuk Topping, panaskan semula secara double boiler kemudian di tuang ke atas kek ketika ganache masih cair.

2 Loyang 10 x 14 atau (4 loyang 8 x 8") 

Cara-cara:
1.  Sediakan 2 loyang 10 x 14, Leser dasar loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
2. Bahan A, menggunakan hand mixer, pukul kuning telur, susu cair dan mentega cair hingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk badam, gaul hingga rata.  Ketepikan.
3.  Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul hingga kental dan bertanduk
4.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (650gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 buah loyang yang telah disediakan.
5.  Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 10 minit.
6.  Angkat dan sejukkan dahulu.


7.  Potong kek (setiap satu) kepada 3 bahagian yang sama besar.  Kek ini agak tipis, gunakan pemotong plastik dan slip ke bawah kek apabila hendak mengeluarkannya.  Keluarkan alas kertas minyak dengan hati-hati.



Menyediakan Kek
1.  Sediakan coffee syrup, coklat ganache dan coffee ganache.


2.  Ambil sekeping kek yang telah dipotong, sapu permukaannya dengan coffee syrup.  Kemudian sapu satu lapisan coklat ganache, ratakan.
3.  Letak sekeping kek lagi di atasnya, kemudian sapu permukaan dengan coffee syrup, kemudian sapu satu lapisan coffee ganache, ratakan.
4.  Ulangi langkah (2) dan (3) sehingga habis.
5.  Untuk lapisan akhir, ratakan coklat ganache ke seluruh kek dan simpan di dalam peti sejuk.  Hias mengikut suka.


Note :  Jika menggunakan loyang 8" sebaiknya di bakar dalam 4 loyang berasingan.  Kek ini agak tipis untuk di potong kepada 2 bahagian jika menggunakan 2 loyang.  Pastikan adunan di timbang dan sama banyak.



Opera Cake
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top