BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Kek Lapis Oren Hawflakes


Kek Lapis Oren Hawflakes

Bahan A
300gm mentega
150gm gula kaster
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
150gm gula kaster
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim of tartar

Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
1 sudu teh pewarna oren
2 sudu teh pes oren

Bahan D
10 bungkus asam keping hawflakes

Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dicampur dengan bahan D (pes oren dan warna oren) dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
6. Ambil satu sendok atau cawan adunan asal dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
9. Kemudian ratakan satu sendok atau cawan adunan oren sebagai lapisan kedua. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang dimasak tadi.  Tekan sedikit asam kemudian guna sudu kecil dan tutup kepingan asam tadi dengan sedikit adunan di atasnya.   Bakar dgn api atas sahaja hingga masak.
10. Tekan setiap lapisan yang sudah masak dengan alat penekan agar ia tidak mengelembung. Buatkan proses melapis berselang seli warna sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar. Untuk lapisan atas sekali ambil satu sendok atau cawan adunan dan ratakan. Susunkan kepingan asam manis di atasnya. Bakar dgn api atas hingga masak.
11. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.

Kek Lapis Oren Hawflakes

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top