ffff728x90 AdSpace

Hi :D
Assalamualaikum, Hi! :D. sekiranya anda mengalami sedikit ganguan semasa mengunakan blog ini, jangan risau Ya, blog sedang diperbahurui
Monday, November 15, 2010

Kek Lapis Koko Mocha


Kek Lapis Koko Mocha

Bahan A
250gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis 

Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
160gm tepung Hong Kong
40gm serbuk horlick
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
a)  1/4 sudu teh perwarna kuning telur + 1 tsp esen vanila
b)  1 sudu besar mocha emulco
c)  1/2 sudu besar chocolate emulco + 2 sudu besar koko + 3 sudu besar air suam (larutkan)

Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega dan gula kastor. Pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, horlicks dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Satu bahagian digaul dengan bahan D (a), bahagian kedua digaul dengan bahan D (b), dan bahagian ketiga digaul dengan bahan D (c).
7. Ambil satu senduk adunan koko dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. Ratakan adunan koko sebagai lapisan kedua. Bakar dengan api atas sahaja hingga masak.  Buat hingga habis adunan koko.
9. Untuk lapisan seterusnya, ambil 1 senduk adunan mocha dan ratakan. Bakar hingga habis adunan mocha.
10.  Akhir sekali, ambil 1 senduk adunan vanila dan ratakan.  Bakar hingga habis adunan vanila.
11. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Koko Mocha
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top