BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Kek Lapis Keju Koko



Kek Lapis Koko Keju

Bahan A
200gm mentega
150gm krim keju
130gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis 

Bahan B
130gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
Pes Koko (2 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas + 1 sudu teh coklat emulco)
Pewarna kuning

Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in



Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, krim keju, dan gula kastor. Pukul hingga kembang dan berkrim.


Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.



3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.



4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.



5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.




6. Ambil 9 senduk adunan dan letak perwarna kuning. Adunan selebihnya dicampur dengan pes koko.



7. Ambil satu senduk adunan kuning dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.
8. Cucuk permukaan kek dgn garpu. Tekan lapisan ini agar rata. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. Ratakan adunan warna kuning sebagai lapisan kedua, Bakar dengan api atas sahaja hingga masak.  Ulangi hingga 4 lapisan warna kuning.
9. Untuk lapisan kelima, ambil 1 senduk adunan koko dan ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi membakar lapisan warna koko sebanyak 4 lapisan. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis dimasak.
10. Ulangi 5 lapisan warna kuning untuk bahagian atas.  Bakar hingga habis.
11.  Akhir sekali, tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top