BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Puding Tembikai / Agar-agar Tembikai


Puding Tembikai / Agar-agar Tembikai

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
350gm gula pasir
1000ml air
4 biji putih telur
1 sudu teh esen rose

Hiasan
2 sudu teh pewarna merah (utk isi tembikai)
1 sudu teh pewarna hijau (utk kulit tembikai)
kismis / blackcurrent sebagai biji
berus untuk mewarna kulit tembikai

Cara-cara :
1.  Basahkan mangkuk atau loyang.  Telengkupkan.


2.  Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih. Masukkan esen rose dan tuangkan ke dalam mangkuk besar yang lain.  Biar agar-agar suam sedikit.
3.  Sementara itu, pukul putih telur hingga kembang.  Masukkan 1 senduk agar-agar ke dalamnya, putar hingga suam dan rata.


4.  Kemudian masukkan putih yang di pukul tadi sedikit demi sedikit ke dalam agar-agar sambil di putar menggunakan hand whisk perlahan-lahan hingga licin dan tidak berketul.  Jangan memasukkan putih telur sekaligus kerana menyebabkan lapisannya terapung dan terpisah dari agar-agar.


5.  Tuang adunan ke dalam mangkuk / loyang yang di basahkan tadi.
6.  Titikkan di tengahnya dengan 2 sudu kecil pewarna (tambah jika mau warna yg lebih terang).


7.  Untuk bahagian tengah tembikai, ambil lidi / garpu, kacau membentuk bulatan, tetapi jangan sampai ke dasar mangkuk.  Kemudian atur kismis sebagai biji tembikai.




8.  Biarkan suam dan masukkan dulu di dalam peti sejuk hingga beku.
9.  Keluarkan agar-agar,  untuk kulitnya, celup berus ke dalam pewarna hijau dan warnakan bahagian luarnya sebagai kulit tembikai.  Biarkan pewarna mengering barulah di simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.


Nota :  Berkerja dengan agar-agar yang mengandungi putih telur perlu di lakukan dengan cepat kerana ia cepat membeku.
Tujuan memasukkan putih telur berperingkat (sedikit demi sedikit) adalah supaya ketika mengadunnya agar-agar menjadi suam dan dapat bergaul rata dengan putih telur.  Agar-agar yang panas akan memasakkan adunan putih telur dan membuat ia terapung dan terpisah dari agar-agar.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top