Tempah Iklan

/

Oreo Cheesecake Cupcake

Post this recipes


Oreo Cheesecake Cupcake

Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo

Hiasan :  Serbuk oreo secukupnya

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar).  Ketepikan dahulu.
2.  Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.


3.  Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya.  Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.



4.  Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.




*** yang ini kakwan tak letak filing serbuk oreo di dalamnya kerana biskut tak cukup ade satu paket jee...

MENU : ,




Sertai GengMasak dan kongsi resepi, petua dan blog anda!

Design N Coding by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top