BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Kek Lapis Pandan


Kek Lapis Pandan

Bahan A
450gm mentega
200gm gula kaster
21 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
160gm gula kaster
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim of tartar

Bahan C
270gm tepung Hong Kong
4 sudu makan serbuk santan
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
2 sudu teh pewarna hijau
2 sudu teh pandan emulco/pes pandan

Untuk sapuan :  3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis
Loyang  9" x 3"

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A dan pukul hingga kembang dan berkrim.  Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan di pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
2.  Satukan bahan B dan pukul menggunakan kelajuan tinggi (high speed) hingga kembang dan bertanduk.
3.  Satukan bahan C, gaul bersama bahan A (1), kemudian masukkan bahan B (putih telur yang telah di pukul) sedikit demi sedikit sambil di kaup balik hingga bergaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur bahan D (pewarna hijau)
5.  Alas dan leser loyang dengan majerin.  Ambil satu cawan adunan hijau dan ratakan dalam loyang.  Bakar api atas dan bawah selama 7 minit hingga berwarna perang.
6.  Apabila masak, cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan supaya rata.  Sapu dengan bahan sapuan.
7.  Ambil satu cawan adunan warna asal dan ratakan di atas lapisan tadi.  Bakar hingga masak dengan api atas sahaja.
8.  Ulangi proses melapis berselang seli warna hingga adunan habis.
9.  Untuk lapisan terakhir, bakar hingga masak, keluarkan dari ketuhar dan tutup loyang adunan dengan aluminium foil kemudian bakar lagi dengan api atas dan bawah selama 15 minit.


MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top