728x90 AdSpace

^.^
Saturday, September 18, 2010

Kek Kukus Pelangi


Kek Kukus Pelangi

Bahan-bahan
500ml putih telur (10 biji Grade B)
220gm gula kaster
300gm tepung gandum
150gm mentega di cairkan
60ml susu segar
1 sudu besar ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna merah, kuning, coklat dan hijau

Cara-cara :
1. Satukan putih telur, gula, tepung, ovellete dan garam, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.  Masukkan mentega cair, susu cair dan esen vanila, kaup balikkan hingga rata.



2.  Bahagikan adunan kepada 5 bahagian, satu bahagian warna asal (lebihkan sedikit), dan empat bahagian lagi di warnakan merah, kuning, coklat dan hijau.
3.  Ambil 2 sudu besar adunan warna asal dan sudukan ke bahagian tengah loyang.
4.  Diikuti dua sudu besar warna-warna lain berselang seli sehingga habis.


5.  Panaskan pengukus terlebih dahulu.  Kukus selama 45 minit atau 1 jam.  Cucuk bahagian tengah kek, jika tidak melekit bolehlah di angkat.
Kek Kukus Pelangi
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top