728x90 AdSpace

^.^
Thursday, August 26, 2010

Biskut Mocca Macaroon Bars


Biskut Mocca Macaroon Bars

Bahan-bahan
190gm mentega
90gm gula icing
250gm gandum red rose
50gm susu tepung
30gm chocolate rice
1 sudu teh mocca emulco

Topping Meringue
80ml putih telur
90gm gula caster
1 sudu teh esen mocca
1/8 sudu teh cream of tartar
(Satukan semua bahan dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat (bertanduk)

Hiasan :  Hirisan badam secukupnya - di ramas kasar
Sedikit jem strawberry untuk sapuan 

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan tepung dan bahan lain dan uli lembut.
2. Lapik loyang  (10 x 10') dengan kertas, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang. (lihat step cappucino slice)
3. Ambil doh seberat 550-600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan.
4. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang. 
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 40 minit atau sampai kekuningan. 
6. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan sapu tipis dengan strawberry filling atau jem dan ratakan.
7. Tuang bahan topping meringue yang di pukul tadi, ratakan ke atas permukaan biskut.  Masukkan balik cutter kedalam acuan dan taburkan dengan hirisan badam.  Keluarkan semula cutter tadi dan bakar kembali (tanpa cutter) selama 30 minit pada suhu 140C atau sehingga meringue kekuningan.  Setelah biskut sejuk, potong menggunakan pisau tajam.
8.  Angkat keluar biskut dengan memegang lebihan kertas dari loyang.  Letakkan ke atas dulang lain yang lebih besar dan bakar semula dengan api bawah sahaja selama 10 minit.

*** Apabila di bakar, meringue akan kembang dan melekat, tekan padat cutter ke tempatnya atau keluarkan biskut dan potong menggunakan pisau yang tajam.
Biskut Mocca Macaroon Bars
Biskut Mocca Macaroon Bars
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top