BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Kuih Lapis Kopi Ubi Kayu


Kuih Lapis Kopi Ubi Kayu

Bahan A
1 kg ubi kayu
150ml air
(di potong kecil dan di kisar dengan air hingga halus)

Bahan B
200ml santan pekat KARA
100ml air
300gm gula
1 Tbsp tepung ubi
1 Tbsp tepung kastard
2 Tbsp minyak jagung/masak
1/4 tsp garam halus
100gm kelapa parut muda

Bahan C
2 tsp serbuk kopi segera/koko
1 tsp air panas
(Larutkan hingga rata)

Cara-cara :
1.  Perah/tapis bahan A di dalam penapis dan biarkan airnya selama 20 minit di dalam bekas.  Buang air jernih di atasnya dan ambil pati ubi kayu yang mendap.  Campurkan dengan parutan ubi yang di perah tadi.
2.  Satukan bahan B dan gaul bersama parutan ubi kayu.  Bahagikan kepada 2 bahagian (+-700ml)
3.  Bahagian pertama di gaul dengan bahan C dan bahagian kedua di biarkan dengan warna asal.
4.  Leser loyang 8" empatsegi dengan mentega.  Panaskan kukusan.
5.  Ambil 1/2 bahagian (+- 350ml) dari adunan kopi dan ratakan di dalam loyang.  Tutup loyang dengan alumium foil dan kukus selama 8 minit.
6.  Ambil 1/2 bahagian dari adunan warna asal dan ratakan ke atas adunan kopi yang di kukus tadi.  Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 10 minit.
7.  Buat langkah 5 dan 6 hingga habis.  Untuk lapisan terakhir, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
8.  Angkat dari pengukus dan masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.  Bakar selama 30-40 minit pada suhu 180C hingga atasnya keperangan.
9.  Biarkan betul2 sejuk baru di potong.  Jangan di potong ketika panas kerana kuih masih lagi lembut.

*** Boleh juga lapisan ini di bakar terus dari oven tetapi kuihnya tidak selembut dari yang di kukus.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top