728x90 AdSpace

sedang menyediakan hidangan kegemaran suami, anak dan cucu :)
Wednesday, August 24, 2011

Biskut Dam - Step by step / Checkeredboard Cookies


Biskut Dam - Step by step / Checkeredboard Cookies

Bahan Doh Vanila
500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm tepung susu/creamer
380gm mentega
150gm gula ising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat
480gm tepung gandum
50gm tepung susu/creamer
30gm serbuk koko
380gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Cara-cara
1.  Doh Vanila :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim, jangan sampai kembang.  Masukkan kuning telur, gaul rata.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh.  Biarkan selama 15 minit.
2.  Doh Coklat :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim, jangan sampai kembang.  Masukkan kuning telur, gaul rata.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh.  Biarkan selama 15 minit.
3.  Ambil doh vanila, canai setebal 1cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila.  Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
4.  Ambil doh coklat, canai setebal 1cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat.  Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
5.  Keluarkan kedua-dua doh vanila dan coklat.  Susun seperti dalam gambar :  (a)  Vanila, Coklat, Vanila dan (b) Coklat, Vanila, Coklat.
6.  Susun ketiga-tiga kepingan (a) dan juga (b) menjadi satu seperti dalam gambar.

7.  Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes) seperti dalam gambar.  Potong seperti gambar di bawah.  Buat hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.
 8.  Susun bertindih berselang warna menjadi sebatang seperti dalam gambar dan bungkus dengan kertas minyak atau plastik.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras sedikit.
 9.  Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm.  Buat sehingga habis.

10.  Susun di dalam loyang yang telah di gris dan bakar pada suhu 140C selama 25 minit.  Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara warna vanila dan coklat.
*** tepung susu agak berketul selepas di adun dengan mentega, boleh tukarkan kepada creamer seperti coffee mate yang lebih halus.

*** Biskut ini agak besar, jika ingin bersaiz lebih kecil tukar ketebalannya menjadi 1/2 cm.  Biskut ini mengambil masa yang agak lama, jangan terburu-buru membuatnya...  selamat mencuba,, Kak Wan
Biskut Dam - Step by step / Checkeredboard Cookies
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top