ffff728x90 AdSpace

Assalamualaikum, Hi! Apa khabar, terima kasih kerana sudi singgah :) kakwan sibuk sikit ber experiment di dapur
Thursday, March 4, 2010

Agar-Agar Chequer



Agar-Agar Chequer

Bahan A (Agar2 jernih)
20gm serbuk agar2
1500ml air
300gm gula pasir
daun pandan

Bahan B (Agar2 Santan)
20gm serbuk agar2
1500ml air
300gm gula pasir
1 paket santan serbuk (50gm)
daun pandan

Acuan Chequer 10" - dibasahkan terlebih dahulu


Cara-cara :
1. Masak kedua2 bahan A dan B secara berasingan. Ketepikan. Biarkan diatas dapur dengan api perlahan.

2. Ambil 4 senduk kecil agar2 jernih (setiap satu senduk diletakkan warna berasingan, merah, biru, hijau dan kuning).

3. Penuhkan dasar acuan dengan empat warna berlainan. Biarkan set dahulu.


4. Ambil 180ml agar2 santan dan tuang keatas lapisan berwarna tadi. Biarkan beku sedikit baru diletakkan pembahagi (ring divider) tekan sedikit ke dalam agar2.


5. Lapisan Pertama : Ambil 350ml agar2 jernih, masukkan warna biru dan tuangkan di bahagian bulatan paling luar. 250ml agar2 santan diwarnakan kuning, tuang di bahagian bulatan yang kedua, 180ml agar2 jernih diwarnakan merah dituang di bahagian bulatan yang ketiga dan 120ml agar2 santan diwarnakan hijau dituang di bahagian tengah bulatan. Setiap kali menuang agar2 gunakan belakang sudu supaya agar2 jatuh dengan perlahan.


6. Biarkan seketika sehingga agar2 membeku. Test dengan jari setiap bulatan agar2, sekiranya hampir beku bolehlah dituangkan dengan lapisan yang kedua.

7. Lapisan Kedua : Ambil 350ml agar2 santan, diwarnakan biru dan tuangkan di bahagian bulatan paling luar. 250ml agar2 jernih diwarnakan kuning, tuang di bahagian bulatan yang kedua, 180ml agar2 santan diwarnakan merah, dituang di bahagian ketiga bulatan dan 120ml agar2 jernih diwarnakan hijau dituang di bahagian tengah bulatan. Biarkan seketika sehingga agar2 beku. Test dengan jari.

8. Apabila agar2 sudah set, angkat keluar dengan perlahan ring divider tadi, tuang agar2 santan (tidak diwarnakan) memenuhi acuan. Biarkan beku baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.

9. Proses menyiapkan agar2 agak lama, sekiranya agar2 membeku panaskan semula di atas api dan kacau supaya tidak berketul.

10. Apabila dipotong agar2 kelihatan berkotak2 dengan lapisan santan dan jernih berselang seli.
Agar-Agar Chequer
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top