728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Monday, January 4, 2010

Kuih Lompang Berlauk


Kuih Lompang Berlauk

Anggaran 20 biji

Bahan Lapisan Bawah
60gm tepung sagu
130gm tepung beras
1 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
200ml santan pekat } dimasak hingga naik wap
300ml air }
pewarna kuning

Bahan Lapisan Atas
110 tepung ubi kayu
60gm tepung beras
200ml santan
200ml air
1 sudu teh garam

Bahan Lauk
Minyak untuk menumis
1cm halia, dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
300gm daging cincang
1 sudu besar rempah kurma
garam secukupnya

Cara-cara
1. Satukan semua bahan lapisan bawah kecuali santan. Gaul rata.
2. Masak santan dengan air hingga naik wap. Angkat dan sejukkan.
3. Kemudian bancuh santan bersama bahan lapisan bawah yang digaul tadi. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
4. Satukan bahan-bahan lapisan atas dan bancuh hingga sebati.
5. Susun acuan lompang didalam kukusan dan panaskan sebentar.
6. Tuang adunan lapisan bawah setengah acuan dan kukus hingga masak.
7. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas. Kukus semula hingga masak.
8. Angkat dan ketika masih panas taburkan lauk di atasnya supaya mudah melekat.

Cara-cara : Bahan Lauk
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya, masukkan rempah kurma, daging dan biarkan empuk. perasakan dengan gula dan garam.
2. Hidangkan dengan kuih lompang, hias dengan daun bawang dan bawang goreng
Kuih Lompang Berlauk
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top