ffff728x90 AdSpace

Assalamualaikum, Hi! Apa khabar, terima kasih kerana sudi singgah :) kakwan sibuk sikit ber experiment di dapur
Saturday, January 30, 2010

Kuih Talam Pulut Hitam



Kuih Talam Pulut Hitam

Bahan A
100gm beras pulut hitam } direndam
250gm beras pulut putih } semalaman berasingan

Bahan B
250ml air
50ml santan pekat KARA
1 1/2 sudu teh garam

Bahan C (Lapisan Atas)
40gm tepung beras
20gm tepung kastard
40gm tepung ubi
1 biji telur
150ml santan pekat KARA
130ml air
90gm gula kaster
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Loyang 8" empatsegi

Cara-cara :
1. Toskan pulut hitam dan kukus selama 30 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Toskan pulut putih dan kukus selama 30 minit. Angkat dan gaulkan dengan pulut hitam dan bahan B hingga rata.
3. Pulut yang digaul tadi dimasukkan kedalam loyang 8" empat segi yang dilapik dengan daun pisang atau plastik. Tekan padat pulut kedasar loyang dan kukus selama 10 minit lagi.
3. Satukan bahan C, gaul rata dan tapis.
4. Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dikukus tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
5. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
6. Jika ingin membuat 2 lapisan atas dgn berlainan warna gandakan bahan C.
Kuih Talam Pulut Hitam
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top