BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Koleh Lemak / Koleh Tahi Minyak



Koleh Lemak / Koleh Tahi Minyak

Bahan-bahan
130gm tepung beras
60gm tepung hoen kwe/tepung jagung
400ml santan pekat KARA
600ml air
200gm gula (kurangkan jika manis)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil minyak masak

Cara-cara
1. Sebatikan semua bahan diatas, tapis
2. Kacau di atas api perlahan sehingga adunan pekat dan berkilat.
3. Setelah adunan masak, tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk baru dipotong.
4. Boleh dihidangkan dengan pati minyak atau kuah. 

Bahan sambal kelapa
1/2 biji kelapa parut di goreng dan dijadikan kerisik
1 ekor ikan kembong di bakar dan ambil isinya
4 biji bawang merah
1 sudu teh halba
3 hiris halia
1 hiris serai
1 sudu kecil lada hitam
sedikit garam dan gula

Cara-cara
1. Tumbuk lumat bawang merah, halia, serai, lada hitam, masukkan garam dan gula.
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan ikan,kerisik dan halba. gaul rata.


Bahan Kuah
1 cawan santan
3 sudu besar tepung beras
sedikit halia dihiris
bawang merah dihiris
sedikit halba
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Masak santan bersama tepung beras, halia dan bawang merah
2. Kemudian masukkan halba, garam dan sedikit gula
3. Hidang bersama koleh lemak

Bahan Tahi Minyak
2 cawan santan
secubit garam

Masak santan hingga pecah minyak dan biar sehingga berketul dan garing. Tapis minyak dan sejukkan sebelum dihidang dengan koleh lemak

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top