kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for December 2009

/

Kuih Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Post this recipes


Kuih Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Bahan-bahan
250gm tepung pulut putih
50gm tepung beras
50gm tepung pulut hitam atau (atau pulut hitam direndam dan dikisar halus)
50gm keledek unggu direbus dan dilecek
air secukupnya untuk menguli
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur (jgn pekat)
1 ketul gula melaka dipotong dadu
kelapa parut dan sedikit garam

Cara-cara
1. Satukan tepung pulut putih, tepung beras, tepung pulut hitam, keledek lecek dan garam.  Masukkan air dan air kapur sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan potongan gula melaka di tengahnya dan gentel bulat-bulat.
3. Masukkan ke dalam air yang mendidih dan biarkan adunan timbul baru diangkat dengan penapis dan digolekkan ke dalam kelapa parut yang bercampur garam

MENU : ,


/

Kuih Laman Sari

Post this recipes


Kuih Laman Sari

Bahan lapisan bawah
220gm cawan tepung kacang hijau
200gm gula pasir
115gm gula merah
475mlair
400ml santan pekat
1 sudu teh esen rose
secubit garam

Bahan lapisan atas
3 biji telur - dipukul sedikit
300ml air
200ml santan pekat
200gm gula pasir
80gm tepung gandum
20gm tepung kastard
1 sudu besar air mawar
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Lapisan bawah :  Gaulkan semua bahan atau boleh juga dikisar sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian masak di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sedikit.
2. Tuangkan ke dalam loyang bulat berukuran 10" yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama 1/2 jam (pastikan penutup kukus dibalut dengan aluminium foil atau kain supaya air kukusan tidak jatuh di atas kuih)
3. Lapisan Atas :  Gaulkan semua bahan atau boleh juga dikisar sehingga sebati dan tapiskan.
4. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukuskan lagi selama 40-45 min.
5. Setelah masak keluarkan loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

MENU : ,


/

Pau Pulut Hitam

Post this recipes

Pau Pulut Hitam

Bahan Doh
225gm tepung pau
50gm tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis mauripan
15gm susu tepung
50gm gula aising
1 biji putih telur
115ml air sejuk
20gm shortening/minyak sayur
1/2 sudu teh garam

Bahan Inti
100gm kacang hijau tanpa kulit - direndam 1 jam
50gm gula aising
1 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam
150ml santan

Cara-cara
1. Inti : Kukus kacang hijau selama 25minit sehingga kembang. Masukkan gula aising, daun pandan dan garam, kacau rata dan tuangkan santan. Masak sambil dikacau perlahan sehingga adunan tidak melekat. Biarkan sejuk dan bulat-bulatkan adunan kacang tadi.
2. Doh Pau : Campurkan tepung gandum, tepung pulut hitam, yis, susu tepung, dan gula aising . Kacau rata.
3. Masukkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Masukkan shortening dan garam. Uli hingga doh menjadi elastik. Biarkan selama 30minit.
4. Kempiskan doh tadi dan timbang seberat 25gm. Bulat-bulatkan kemudian leperkan doh dan masukkan inti dan bentukkan bulat semula. Letakkan doh diatas kertas minyak, biarkan selama 30 minit sehingga kembang.
5. Kukus selama 7-10 minit dengan api sederhana.

MENU : ,


/

Donat Pulut Hitam

Post this recipes


Donat Pulut Hitam

Bahan A
350gm tepung high protein
50gm tepung pulut hitam / 50gm pulut hitam direndam dan dikisar halus
100gm ubi kentang dikukus dan dilecek halus
15gm susu tepung
1 1/2 sudu teh yis mauripan
50gm gula kastor

Bahan B
1 biji telur
145ml air sejuk
30gm majerin
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Hiasan
100gm coklat masakan putih dicairkan
50gm coklat masakan, dicairkan

Cara-cara
1. Sebatikan bahan A. Gaul rata.
2. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga tidak melekat. Masukkan majerin dan garam, uli sehingga doh menjadi elastik. seeloknnya guna pengisar besar yang mempunyai hook. Biarkan doh rehat selama 15minit, tutup dengan plastik.
3. Kemudian ambil doh dan uli dengan tangan, timbang seberat 30gm setiap satu dan bulatkan doh tadi. Biarkan selama 10minit lagi.
4. Kempiskan doh dan terap dengan acuan donat atau biarkan bulat. Letakkan diatas loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. rehatkan doh selama 30minit lagi hingga kembang.
5. Goreng dengan minyak penuh sehingga kekuningan.
6. Setelah semua siap, hiaskan dengan coklat masakan putih dan hitam atau boleh juga ditabur dengan gula halus.

MENU : ,


/

Roti Goreng Sardin

Post this recipes

Roti Goreng Sardin

Bahan-bahan
1 buku roti dikukus sekejap
15 keping kulit popia
32gm tepung gandum
250ml air

Bahan Inti
1 tin sardin - ambil sardin shj dihancurkan
3 labu bawang besar didadu
3 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
1 sudu besar air limau/lemon
garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Cara-cara :
1. Tumis bawang besar, cili merah masukkan sardin, garam dan gula serta lada sulah secukup rasa. Ketepikan
2. Kukus roti sekejap kemudian roti digelek leper. Masukkan inti sardin diatas roti dan gulung.
3. Bancuh tepung dengan air. Kemudian celupkan roti tadi kedalam bancuhan tepung dan letakkan keatas kulit popia, kemudian gulung lagi. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

MENU : ,


/

Pisang Sira

Post this recipes


Pisang Sira

Bahan-bahan
10 biji pisang nangka
100gm gula
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
250ml air
daun pandan

Cara-cara
Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan bahan rempah dan pisang. Tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana.

MENU : ,


/

Kuih Tako

Post this recipes


Kuih Tako

Lapisan Bawah
60gm tepung Hoe Kwee (Hijau)
180gm gula
600ml air

Lapisan Tengah
30gm tepung Hoe Kwee (Merah)
90gm gula
300ml air
10 biji sengkuang cina dipotong dadu

Lapisan Atas
300ml santan
25gm gula
25gm tepung beras/tepung jagung
sedikit garam
Daun pandan @ bekas plastik kecil sebagai acuan

Cara-cara :
1. Lapisan bawah : Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Tuangkan kedalam acuan. Ketepikan
2. Lapisan Tengah : Sebatikan semua bahan lapisan atas dan masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan. Ketepikan
3. Lapisan Atas : Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan tuangkan keatas lapisan tengah.
4. Biarkan sejuk dan hidang.

MENU : ,


/

Kuih Tako

Post this recipes

Kuih Tako

Bahan Lapisan Bawah
5 cawan air
4 cawan gula
1 cawan tepung
3 biji sengkuang cina dipotong dadu

Bahan Lapisan Atas
7 cawan santan
2 sudu teh garam
1 cawan tepung jagung

Daun pandan dijadikan bekas atau bekas plastik kecil.

Cara-cara
1. Lapisan Bawah : Campurkan semua bahan A dan kacau diatas api perlahan sehingga likat. Setelah masak tuang separuh adunan kedalam bekas.
2. Lapisan Atas : Campurkan semua bahan B dan kacau diatas api perlahan hingga likat.
3. Selepas itu tuangkan adunan tadi ke atas lapisan bawah. Buat hingga habis. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan

MENU : ,


/

Kuih Puteri Mandi

Post this recipes


Kuih Puteri Mandi

Bahan-bahan
250gm tepung pulut
250gm tepung beras
500ml air untuk menguli
sedikit garam
perwarna merah, kuning dan hijau
air daun pandan

Bahan Kuah
1/2kg kelapa parut putih
500gm gula
sedikit garam
250ml air
100ml jus orange jika suka
1 helai daun pandan

Cara-cara
1. Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan sedikit garam dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Bahagikan doh kepada empat bahagian, warnakan ketiga2 bahagian dengan warna berlainan dan biar satu bahagian pada warna asal.  Biarkan seketika.
3. Ambil satu sudu teh doh dan bulatkan kemudian tekankan sedikit dibahagian tengahnya. Buat hingga habis.
4. Didihkan air yang banyak dan masukkan doh tadi, rebus sehingga doh timbul dipermukaan air. Angkat dan masukkan kedalam air sejuk dahulu.
5. Untuk kuahnya, masak air, gula dan daun pandan bila sudah mendidih buangkan daun pandan.
6. Kemudian masukkan kelapa parut. Gaul hingga menjadi kuah yang pekat.
7. Tuang doh tadi yang telah ditoskan dan gaul sebati bersama kuah.

MENU : ,


/

Kuih Lapis Kacang Hijau

Post this recipes

Kuih Lapis Kacang Hijau

Bahan A
550ml santan
160gm gula pasir
130gm tepung kacang hijau
65gm tepung sagu

sedikit pewarna kuning dan hijau
sedikit minyak
esen rose

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A, kacau hingga sebati dan tapis.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan diwarnakan setiap satu. Satu bahagian hijau dan satu bahagian kuning.
3. Kukus bahagian hijau selama 5 minit kemudian tuang lapisan kuning kukus selama 5 minit ulangi melapis hingga habis adunan.

MENU : ,


/

Koleh Ubi Keledek

Post this recipes



Koleh Ubi Keledek

1 kg keledek putih
500ml santan pekat biasa (santan kotak tak sesuai)
2 biji telur (dipukul sedikit)- optional
200gm tepung gandum / tepung beras
daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
150gm gula melaka (boleh ditambah jika tak cukup manis)
150gm gula putih
50ml air

Cara-cara 
1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian dilecek. Ketepikan.
2. Masak gula dan gula melaka bersama air hingga gula larut. Ketepikan.
3. Pukul telur bersama santan dan masukkan air gula tadi. Tapis dan masak di dalam periuk di atas api sederhana bersama daun pandan dan bunga cengkih hingga nampak berminyak. Keluarkan daun pandan dan masukkan ubi, gaul rata.
4. Apabila adunan hampir kering, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul rata supaya lebih kental. kacau selalu supaya tidak hangus.
5. Kacau sehingga kering dan adunan tidak melekat diperiuk. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

MENU : ,


/

Puding Roti Karamel

Post this recipes

Puding Roti Karamel

Bahan A
100gm gula
sedikit air

Bahan B
400gm roti putih
1 ltr susu cair
500ml krim putar
100gm gula halus
5 biji telur
100gm kismis
50gm kepingan badam
50gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
1. Masak gula hingga perang, masukkan air kacau rata dan tuang kedalam acuan.
2. Susun roti ke dalam acuan gula perang taburkan kismis, kepingan badam dan siram dengan mentega cair.
3. Kacau gula dan krim putar, diikuti telur, esen vanila dan susu cair.
4. Tuang adunan ke dalam acuan yang mengandungi roti. Tekan sedikit supaya roti tenggelam.
5. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit.

Sos Vanila
500ml susu UHT
100gm gula
15gm tepung kastad
sedikit esen vanila

Cara-cara
1. Didihkan susu dan gula dan tuang ke dalam bekas yang berisi kastad, kacau rata supaya tidak berketul. Tapis.
2. Masukkan esen vanila dan sejukkan. Hidang bersama puding roti

MENU : ,


/

Kuih Talam Cendol

Post this recipes

Talam Cendol

Bahan A
250gm gula merah/melaka
50gm gula pasir
800ml air

Bahan B
75gm tepung kastad
75gm tepung gandum
300ml santan
1 sudu kecil garam

Bahan C
80gm gula
160gm tepung beras
30gm tepung kacang hijau
300ml santan
800ml air
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam

Bahan D
1 mangkuk cendol

Cara-cara
1. Didihkan bahan A. Angkat dan sejukkan.
2. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan tuang bahan A, kacau diatas api perlahan selama 15minit. Kemudian tuang ke dalam loyang dan kukus lagi selama 25 minit.
3. Satukan bahan C dan gaul sebati. Kacau diatas api perlahan selama 15minit sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian dimasukkan cendol, gaul sebati.
4. Tuang adunan ini keatas lapisan yang dikukus tadi. Kukus semula selama 30 minit.

MENU : ,


/

Kuih Sagu Pelangi

Post this recipes

Kuih Sagu Pelangi

Bahan-bahan
150gm sagu halus
130gm gula
30gm kelapa parut
150ml santan
1/2 sudu teh pewarna merah, kuning dan hijau
200gm kelapa parut
1 sudu teh garam

Cara-cara
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
2. Adunkan sagu bersama kelapa parut, gula, santan dan kacau sebati.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian warnakans setiap satu.
4. Kukus selapis demi selapis hingga kembang, setiap lapisan selama 15 minit.
5. Biarkan sejuk baru dipotong dan dihidang bersama kelapa parut yang dicampur dgn sedikit garam.

MENU : ,


/

Kuih Qasidah

Post this recipes

Kuih Qasidah

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
300gm tepung gandum
250ml santan
100gm gula
2 helai daun pandan
sedikit bawang goreng

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi, masukkan tepung gandum, kastad dan telur. Kacau perlahan diatas api sederhana.
2. Kemudian masukkan santan, daun pandan kacau hingga likat.
3. Angkat dan kepal bulat-bulat atau bentukkan bunga dengan penyepit. Tabur dengan bawang goreng.

MENU : ,


/

Pulut Serikaya / Tok Aji Serban

Post this recipes

Pulut Serikaya / Tok Aji Serban

Bahan Lapisan Bawah
500gm beras pulut
500ml santan cair
2 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas
750ml santan pekat
125gm gula pasir
125gm gula merah
125gm tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Cuci pulut rendam 1 jam. Tos dan kukus hingga masak.
2. Lapik loyang dengan plastik. Tekan pulut supaya mampat, kemudian tuang lapisan bawah dan kukus semula selama 10 minit.
3. Lapisan Atas : Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
4. Kukus semula selama 30 minit.

MENU : ,


/

Kuih Talam Suji

Post this recipes


Kuih Talam Suji

Bahan A (Lapisan Bawah)
200gm tepung suji
220gm gula
1/2 sudu teh garam
600ml air
300ml santan
1/4 sudu teh pewarna kuning

Bahan B (Lapisan Atas)
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml air
150gm tepung gandum
250gm santan
4 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Lapisan Bawah : Satukan semua bahan A, gaul hingga sebati. Tapis dan kacau dengan api perlahan selama 10 minit hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang, ratakan dan kukus selama 30 minit.
2. Lapisan Atas : Satukan semua bahan B, gaul sebati dan kacau diatas api sederhana selama 10 minit. Setelah lapisan bawah masak , tuangkan adunan lapisan atas. Kukus semula selama 30 minit.

MENU : ,


/

Kek Walnut Kismis Hitam

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk "Allspice"

Bahan B
3 cawan dadih tanpa perisa
235gm mentega dicairkan
1 1/2 cawan gula hangus
1 cawan kismis hitam
1 cawan walnut dicincang kasar
4 biji epal hijau dikupas dan dipotong dadu

Bahan C (Hiasan)
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan tepung gandum
4 sudu besar mentega

Cara-cara
1. Ayak bahan A
2. Campurkan bahan B, gaul sebati. Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan kismis, epal dan walnut, kaup balikkan.
4. Gris acuan dengan mentega cair dan ditabur sedikit tepung dan dasar acuan dilapik dengan kertas alis minyak.
5. Bahan Hiasan : Campurkan semua bahan C dan gaul menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
6. Tuang adunan kek tadi ke dalam acuan dan tabur bahan hiasan diatasnya.
7. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit.

MENU :


/

Blondie Kopi

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
3/4 cawan mentega
2 1/3 cawan gula perang
4 sudu teh nescafe
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan badam cincang, dibakar sedikit
180gm coklat chips

Cara-cara
1. Gris acuan dengan mentega cair dan tabur sedikit tepung goncangkan lebihan tepung tadi.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
3. Cairkan mentega bersama gula didalam periuk kecil dengan api perlahan, masukkan serbuk nescafe dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
4. Masukkan telur dan terus kacaukan adunan. Masukkan tepung yang diayak, coklat chips dan badam cincang.
5. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 180c sehingga masak. Cucuk dengan lidi untuk memastikan adunan telah masak.
6. Potong blondie menjadi bentuk petak.

MENU :


/

Kek Gula Hangus Kukus

Post this recipes

Kek Gula Hangus Kukus

Bahan -bahan
125gm mentega
5 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh baking powder
1/2 tin susu pekat manis

Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air


Cara-cara
1. Gula Hangus : Masak gula pasir hingga perang kemudian masukkan air, kacau rata. ketepikan
2. Pukul mentega hingga lembut. Masukkan telur satu persatu, di ikuti dengan tepung, baking powder dan soda bikabonat.
2. Masukkan susu pekat manis dan gula hangus.
3. Masukkan ke dalam loyang dan biarkan seketika supaya adunan menjadi sebati.
4. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 2 jam.

MENU : ,


/

Kek Buah Serimas

Post this recipes

Sumber Chef Norzailina ~ buku Selera MMVITAOILS]

Bahan A
150ml minyak Serimas [kakliza gunakan minyak biasa jer]
3 biji telur A
45 ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana [kakliza gunakan madu]
1 sudu besar jus oren [kakliza gunakan sunquick]

Bahan B
220 gm tepung gandum ] diayak
2 sudu teh serbuk penaik ]
175 gm gula perang
350 gm buah campuran
50 gm badam urai [kakliza gunakan roasted badam cincang]
1 sudu teh parutan kulit oren
badam tanpa kulit

Cara
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Gaulkan bahan ayak dan gula.
3. Masukkan buah campuran, badam urai dan kulit oren.
4. Perlahan-lahan tuangkan bahan A
5. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
6. Ratakan dalam tin[;oyang] yang telah dilaikkan kertas minyak dan dilenserkan.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama sejam.

MENU :


/

Biskut Tart Nenas Hantaran

Post this recipes


Biskut Tart Nenas Hantaran

Bahan-bahan
250gm mentega
60 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas (Ready Made)

Bahan Glaze/pengilat
Putih telur/ kuning telur secukupnya
pewarna yang diperlukan
Berus kecil untuk mewarna

Cara
1. Satukan mentega dan gula, gaul rata. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. Gaul hingga rata, jika adunan lembik tambah gandum hingga adunan tidak melekat di jari.
3. Sukat 1/2 sudu besar setiap doh (Sudu matrix). Leperkan adunan dan masukkan jem nenas yang digentel ditengahnya. Bentukkan menjadi buah-buahan yang disukai.

4. Bakar dalam oven suhu 160'C selama 20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu

5. Apabila biskut telah sejuk, ambil sedikit putih telur campurkan beberapa titik pewarna dan warnakan dengan berus kecil setiap biskut tadi mengikut warna buah-buahan.

6. Bakar semula selama 5 minit untuk mengeringkan putih telur.
7. Hias di dalam bakul roti atau bakul rotan mengikut kreativiti.

MENU : ,


/

Kuih Talam Pandan

Post this recipes



Kuih Talam Pandan

Bahan Jus Pandan
10 helai daun pandan
800ml air

Bahan Lapisan Bawah
110gm tepung beras
40gm tepung hoen kwe
220gm gula halus
pewarna hijau
1 sudu teh air kapur

Bahan Lapisan Atas
60gm tepung beras
20gm tepung ubi
400ml santan pekat KARA
100ml air
1 sudu teh garam

Cara-cara
1. Kisar daun pandan dan air sehingga lumat. Tapis.
2. Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan jus pandan, tapis dan tuang ke dalam periuk non-stick, masak diatas api perlahan sehingga pekat.
3. Angkat dan tuang ke dalam loyang 8" ratakan permukaannya. Kukus selama 20 minit,
4. Satukan bahan lapisan atas, kemudian tapis. Masak hingga kental dan tuang ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus semula selama 30 minit.
5. Biar sejuk baru dipotong.

MENU : ,


/

Kuih Lopes

Post this recipes

Kuih Lopes

Sumber : Chef Hanieliza


Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda

Cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah.

MENU : ,


/

Apam Pisang Coklat

Post this recipes



Apam Pisang Coklat

Bahan A
200gm gula melaka
240ml air

Bahan B
3 biji telur grade B
135gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
240gm tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Bahan D
4 biji pisang emas/berangan lecek
40gm mentega dicairkan


Cara
1. Masak bahan A dan jadikan air gula. Sejuk dan ketepikan.
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan sebati.
4. Masukkan bahan D, gaul sebati.
5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan kukus selama 20 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.




MENU : ,


/

Kuih Tepung Bungkus

Post this recipes


Kuih Tepung Bungkus

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka di potong kecil
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan

Bahan Kuih
150gm tepung beras
500ml santan
1/2 sudu teh garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Cara-cara:
Untuk inti:  Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti kental. Tutup api dan sejukkan.  Bulat2kan apabila sejuk.

1. Untuk kuih:  Layur daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz dikehendaki. Lap dan bersihkan.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
3. Ambil satu sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan satu sudu lagi tepung.
4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit.
5. Sejukkan dan hidangkan




MENU : ,


/

Kuih Talam Kacang Hijau

Post this recipes

Sumber :Hanieliza

Lapisan bawah - [kacang hijau ]
1 cawan kacang hijau direbus lembut dan mesin halus sikit
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.

MENU : ,


/

Kuih Lapis Kacang Merah

Post this recipes



Kuih Lapis Kacang Merah

Bahan A
400gm tepung beras
200gm tepung gandum
300ml santan pekat
450ml air
1 sudu teh esen rose
1 sudu besar minyak

Bahan B
500gm gula kaster
100ml santan pekat
900ml air
1 sudu teh garam
3 helai daun pandan

Bahan C
1 cawan kacang merah - direbus
pewarna merah

Loyang 10"

Cara-cara
1. Masak bahan C hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Satukan bahan A, kacau rata.
3. Masak bahan B hingga mendidih, tuangkan kedalam (2) dan kacau sebati kemudian tapis.
4. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian. 4 bahagian diletakkan sedikit pewarna merah (tipis) dan 5 bahagian di campurkan dengan bahan C (kacang merah) dan letakkan sedikit pewarna merah (terang). Setiap lapisan 250ml.
5. Tuang adunan yang dicampur kacang merah pada lapisan pertama, kukus 4 minit diikuti dengan lapisan merah tipis kukus lagi 4 minit. Ulangi proses melapis hingga habis.
6. Untuk lapisan terakhir kukus 1/2 jam lagi dan tutup loyang dengan aluminium foil.
7. Biarkan sejuk baru dipotong.




MENU :


/

Apam Tapai Beras

Post this recipes

Apam Tapai Beras

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
1/4 biji ragi hancurkan
2 mangkuk tepung beras
1 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 sudu teh eno

Cara-cara :
  1. Tumbuk ragi hingga hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2 malam atau 48 jam. Biar tapai kelihatan berair boleh digunakan.
  2. Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
  4. Peram bahan ini selama 5-6 jam
  5. Panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih, di kukus selama 15 minit.

MENU : ,


/

Baulu Gula Melaka

Post this recipes

Bahan-bahan (22 biji )
2 biji telur - grade A
125gm gula melaka
125gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Racik gula melaka hingga halus. Buang kekotoran pada gula melaka jika ada. Tepung dan baking powder diayak bersama.
  2. Pukul telur dan gula melaka hingga kembang, masukkan esen vanila dan pukul terus.
  3. Masukkan tepung gandum dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Sapu acuan bahulu dengan sedikit mentega dan panaskan sebentar. Tuang adunan baulu dan bakar pada suhu 180c.
  5. Keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan.

MENU :


/

Kuih Cek Mek Molek

Post this recipes


Cekmek Molek

Sumber : makyong@myresipi.com

Bahan-bahan
2 cawan ubi keledek di rebus dan dilecek
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng


Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh adi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Doh tadi ditutup rapat dan bentukkan bujur.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

MENU : ,


/

Kuih Poli Ubikayu (Lopes Ubikayu)

Post this recipes

Kuih Poli Ubikayu (Lopes Ubikayu)

Bahan-bahan
1 kg ubi kayu (dibersih)
480ml air
1 sudu teh garam
mendapan pati ubikayu
sedikit pewarna (jika suka)
Daun pisang (dilayur) untuk membungkus
Kelapa parut putih dicampur sdt garam

Bahan Sirap (dimasak hingga gula larut)
100 gram gula melaka diracik
30 gram gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan

Cara-cara
1. Sagat ubi kayu atau potong kecil-kecil dan masukkan kedalam pengisar. Kisar hingga halus. Perah airnya dengan kain bersih atau toskan dengan penapis di dalam sebuah mangkuk.
2. Biarkan air perahan selama 20 minit supaya patinya mendap ke dasar mangkuk. Buang air jernih pada permukaan mangkuk dan tinggalkan mendapan pati ubi.
3. Ambil mendapan pati ubi tadi dan gaulkan bersama ubikayu, garam dan air. Masukkan pewarna dan gaul hingga rata.
4. Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 2 1/2" dan bentukkan kelongsong 3 segi, masukkan adunan ubi tadi.
5. Lipat daun pisang seperti membuat ketupat daun palas dan kukus selama 45 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong kecil2 dan hidangkan bersama kelapa parut dan sirap gula melaka.

MENU :


/

Tepung Pelita Yani

Post this recipes

Sumber : Yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

MENU : ,


/

Donut Yani

Post this recipes




Sumber : Yani@myresipi.com

Bahan-bahan (16 biji )

200g tepung berprotin tinggi
50g tepung gandum
50g tepung jagung( corn starch)
30g gula
2/3 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
2(6g) sudu kecil dry yeast
190ml (susu segar + 1 biji telur )
50g lemak sayur
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
  2. Masukkan pula susu dengan telur dan juga yeast. Kacau sekejap. Kemudian masukkan lemak sayur. Uli sehingga tak melekat ditangan. Biarkan doh yang dah diuli selama 40-45 minit.
  3. Boleh juga uli guna breadmaker atau food processor.
  4. Canaikan doh setebal 1-1.5 cm di atas papan canai. Tutupkan dengan kain lembab. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Terapkan doh dengan donut cutter. Biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum digoreng.

MENU :


/

Cream Puff Yani

Post this recipes







Sumber : yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.

1. Ayaklah tepung.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat, hasilkan adunan yang tidak terlalu lembut atau terlalu pejal.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  1. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

MENU :


/

Kuih Seri Tako

Post this recipes

Sumber : sofinar@myresipi.com

Bahan Lapisan Hijau
80gm tepung kacang hijau
120gm gula pasir
680gm air daun pandan (12helai di kisar halus dan diambil airnya)
1/8 sudu teh soda bikabonat

Bahan Lapisan Putih
60gm tepung kacang hijau
80gm gula pasir
680ml santan
1/8 sudu teh soda bikabonat
1/4 sudu teh garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan untuk bahagian hijau dalam bekas, gaul hingga tidak berketul tapis dalam periuk. kacau atas api hingga berkilat dan pekat.
  2. dalam masa yang sama juga, campur semua bahan untuk bahagian putih, tapis dalam periuk yang lain dan kacau atas api hingga pekat
  3. seboleh2nya kedua2 bahagian dikacau serentak
  4. lapiskan berselang seli didalam loyang macam buat kek marble. biarkan kuih tako sejuk. barulah di potong

MENU :


/

Kuih Siput

Post this recipes

Kuih Siput

Bahan-bahan
500gm tepung gandum
250gm majerin
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu bersar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar udang kering ditumbuk halus
sedikit garam
air secukupnya untuk menguli
Minyak untuk menggoreng

Beberapa tangkai daun kari

Cara-cara :
1.  Campurkan kesemua bahan kecuali air, minyak dan daun kari. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Gunakan acuan kuih siput atau belakang garfu untuk membentuk kuih siput. Besar kecil mengikut kesukaan.
2.  Goreng dalam minyak sederhana panas, apabila hampir garing masukkan daun kari. Angkat apabila sudah kekuningan, sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

MENU : ,


/

Cucur Badak

Post this recipes

Sumber : Yani@myresipi.com

Bahan-bahan

Doh kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
sedikit garam

Inti
1/2 biji kelapa parut
1/1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
5 tangkai cili kering
1 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. untuk inti: blender cili kering,serai,udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit, minyak, garam ,gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu banyak nanti tak sedap.
  3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengkung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat.
  4. letakkan inti dan tutup kembali.
  5. Goreng dengan api yang sederhana.


MENU :


/

Biskut Wheatgerm

Post this recipes


Bahan-bahan
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam
2 tsp esen vanilla
1/2 cawan wheatgerm
1 1/2 cawan oat segera

Cara-cara
1. Putar mentega dan gula kastor, gula perang hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan kecuali oat. Setelah digaul, masukkan oat.
3. Biar selama 1 jam di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan dan bentukkan jejari dan susu diatas tin pembakar yang disapu dengan majerin.
5. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 175c atau hingga keperangan.
6. Bila sejuk bolehlah dihias dengan coklat masakan

MENU :


/

Kuih Gerodok Ubi Keledek

Post this recipes



Kuih Gerodok Ubi Keledek

Bahan-bahan
500gm ubi keledek
5 biji telur itik
1 cawan gula
1 cawan air
5 kuntum bunga cengkih
sedikit garam
esen vanila
sedikit air kapur
perwarna kuning

Cara-cara
1. Kupas ubi keledek dan potong halus berbentuk lidi dengan panjang 1 1/2 inci. Rendam selama 1/2 jam dengan 1 sudu besar air kapur. Toskan.
2. Masukkan keledek kedalam mangkuk dan pecahkan telur, garam, esen vanila, perwarna kuning dan sedikit air kapur gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula ke dalam periuk bersama 2 cawan air biarkan mendidih. Tuangkan adunan keledek dengan telur tadi.
4. Gunakan api perlahan, tutup periuk dan biar mendidih selama 20 minit.
5. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

MENU : ,


/

Kuih Seri Ayu

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
300gm gula
250ml santan
5 biji telur
2 sudu teh ovelette
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh pes pandan
sedikt perwarna hijau

Bahan Inti
200gm kelapa parut
secubit garam

Cara-cara
1. Pukul gula, telur bersama ovelette hingga kembang.
2. Masukkan santan, tepung gandum, serbuk penaik dan pes pandan. Kacau sebati.
3. Masukkan inti kelapa yang digaul bersama garam dan tepung ubi ke dalam acuan. Tekan padat.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan hingga paras penuh dan kukus selama 5 minit.

MENU :


/

Agar-Agar Gulung

Post this recipes

Agar-Agar Gulung

Bahan-bahan
35gm agar-agar
600gm gula pasir
200gm gula batu
750ml air
perwarna merah
esen rose

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
2. Apabila mendidih, angkat dan ambil sesenduk adunan dan tuang nipis keatas dulang.
3. Biar ia merata dan nipis.
4. Buat hingga habis, sejukkan dan gulung agar-agar tadi.
5. Potong menyerong.

MENU : ,


/

Bun Manis

Post this recipes

Bun Manis

Bahan-bahan
500gm tepung high protein
300ml susu segar
15gm yis kering
50gm gula
50gm mentega
50ml minyak jagung
1 biji kuning telur
1 biji telur
5gm garam

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam adunan, dengan menggunakan paddle putar hingga doh menjadi elastik.
2. Bahagikan doh kepada 55gm setiap satu dan bentukkan bulat-bulat.
3. Rehatkan doh selama 1/2 jam dan bakar pada suhu 180c

MENU : ,


/

Peanut Butter Fingers

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan A
170gm mentega
150gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Bahan B
350gm tepung gandum
50gm peanut butter
100gm kacang tanah ditumbuk kasar
1 sudu makan susu tepung
perasa kopi

Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Kemudian masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh
3. Terap dengan acuan, sapu kuning telur diatasnya dan taburkan gula kasar.
4. Bbkar pada suhu 170c hingga masak.

MENU :


/

Roti Bawang Putih

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

1161gm tepung diamong (high protein)
9gm oregano
24gm garam
32gm mentega
1 biji putih telur
11gm yis segera
588ml air
110gm bawang putih dicincang dan digoreng

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dan putar hingga menjadi doh.
2. Masukkan bawang putih kedalam doh.
3. Bahagikan doh kepada 300gm dan rehatkan selama 30 minit.
4. Bentuk memanjang dan bakar pada suhu 180c.

MENU :


/

Sup Ekor Lembu

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
60gm mentega
150gm ekor lembu dipotong kecil
1.5ltr stok perang
1/2 biji lobak merah
1/2 biji bawang besar di cincang
1/2 batang saleri }
2 biji kentang } dipotong dadu
1/2 sudu teh thyme
1 sudu teh sos Worcestershire
1 sudu teh jus lemon
2 sudu makan tepung
garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara
1. Cuci dan bersihkan ekor lembu dengan garam dan lada sulah dan sedikit tepung.
2. Gaul rata dan goreng hingga kekuningan.
3. Masukkan stok perang dan biarkan mereneh selama 1/2 jam
4. Masukkan lobak merah, bawang besar, saleri dan juga kentang.
5. Biarkan sayuran menjadi lembut dan masukkan thyme, sos worcestershire dan juga jus lemon.
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah.

MENU :


/

Biskut Bangkit Santan

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
600gm tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula icing
4 biji telur
2 biji kelapa - ambil santan

Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Goreng tanpa minyak hingga ringan.
2. Pecahkan telur dan kacau bersama gula hingga rata.
3. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
4. Canai dan terap mengikut acuan digemari. Alas dulang dengan kertas minyak.
5. Bakar pada suhu 170c

MENU :


/

Teh Tarik Bangla

Post this recipes

Teh Tarik Bangla

125ml air teh dibancuh
3 sudu besar susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar serbuk herba campuran
(kayu manis, halia, cengkih dan bunga lawang)

Campurkan semua, kacau

MENU : ,


/

Mocca Shake

Post this recipes

Mocca Shake

Bahan-bahan
50ml susu UHT
30gm gula perang
3 sudu makan Milo
1 sudu teh nescafe
air kiub

Campurkan semua dan blend

MENU : ,


/

Cappuccino Shake

Post this recipes

Cappuccino Shake

Bahan-bahan
1 sudu nescafe
10gm krim putar
125ml air panas


Cara-cara :  Campurkan semua diatas.

MENU : ,


/

Lepat Labu

Post this recipes

Bahan-bahan
1 biji labu - dipotong kecil2
200gm tepung gandum
30gm gula pasir
50ml santan
Daun pisang utk membungkus

Inti
50gm kelapa parut
garam secukupnya

Cara-cara
1. Kukus labu hingga lembut kemudian lenyek hingga hancur.
2. Selepas itu masukkan tepung gandum, santan, labu, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati ketepikan.
3. Untuk Inti, gaul kelapa parut dan garam secukup rasa, ketepikan.
4. Ambil sedikit adunan tadi, letak diatas daun pisang dan leperkan. Letak inti ditengahnya. Bungkus dengan kemas.
5. Ulangi langkah diatas hingga habis. Kukus selama 10 - 15minit.

MENU : ,


/

Puding Coklat Karamel

Post this recipes

Puding Coklat Karamel

Bahan A
500ml susu segar perisa coklat
100gm gula pasir
4 biji telur
esen vanila

Bahan B (Karamel)
150gm gula
50gm air

Cara-cara
1. Untuk karamel, panaskan gula dan air dalam periuk, untuk mengelakkan ia berketul dan berkerak jangan selalu kacau selepas diletakkan diatas api.
2. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan biar ia sejuk dan keras.
3. Untuk bancuhan telur, suamkan susu segar dan gula pasir. Biar ia larut perlahan-lahan.
4. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan pukul sedikit elak dari bancuhan menjadi berbuih. Campurkan bancuhan telur tadi bersama bancuhan susu. Tapis
5. Tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi karamel dan kukus selama 30-40 minit.

MENU : ,


/

Cream Fettuccini

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
Pasta
250gm pasta fettuccini
2 sudu besar minyak
2 liter air
garam secukupnya

Sos
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dihiris
2 sudu besar tepung gandum
50gm cendawan butang
1 cawan stok ayam
4 sudu besar double cream
1 sudu besar keju parmesan
garam secukupnya
lada putih secukupnya

Cara-cara
1. Didihkan air bersama minyak dan garam. Masukkann pasta.
2. Keluarkan dan toskan, gaul dengan sedikit minyak.
3. Untuk sosnya, tumis bawang merah, bawang putih dan masukkan tepung, biarkan masak sebentar sambil dikacau.
4. Kemudian masukkan stok ayam, cendawan, cream, keju dan pasta tadi.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Sedia dihidang

MENU :


/

Seraber/Serabai

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
250gm tepung beras
1/2 tsp garam
400ml santan
200ml air kelapa/air

Bahan Sos
500ml santan
200ml gula merah
3/4 tsp garam
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
1. Campurkan tepung, garam,air kelapa dan santan. Kacau rata.
2. Pukul adunan dengan pengadun letrik selama 10 - 15 minit sehingga ringan dan lembut.
3. Panaskan acuan serabai dan sapukan dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan bancuhan ke dalam acuan panas tadi dan tunggu hingga berbuih kemudian baru ditutup. Bakar hingga masak.
5. Untuk Sos, masak santan, gula merah, garam dan daun pandan sambil dikacau sehingga mendidih. Hidangkan dengan serabai.

MENU :


/

Ondeh Ondeh Keledek

Post this recipes

Ondeh Ondeh Keledek

Bahan-bahannya
600 gm keledek (jenis jingga)
60 gm bijan putih
50 gm tepung serba guna
50 gm tepung pulut
1-2 sudu besar air
½ sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
125 gm gula melaka (dicincang)
2 sudu besar gula pasir

Cara membuatnya
1. Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Letak di dalam mangkuk besar dan lecek ketika masih panas.
2. Ayak tepung serbaguna, tepung pulut dan garam ke dalam mangkuk tadi. Uli menjadi doh. Tambah sedikit air jika adunan masih keras. Tambah pula sedikit tepung serba guna jika adunan lembik.
3. Bahagikan kepada 18-20 bebola kecil. Campurkan gula melaka dan gula pasir di dalam mangkuk kecil. Ketepikan.
4. Buatkan lubang di tengah bebola. Isikan dengan sedikit campuran gula. Tangkupkan pula menutup inti. Bentukkan semula seperti bebola.
5. Celup bebola di dalam sedikit air. Kemudian golekkan di dalam bijan hingga bersalut sepenuhnya. Ulangi hingga habis adunan.
6. Panaskan minyak yang banyak di atas api sederhana. Goreng bebola berbijan sampai keemasan. Angkat dan tuskan minyaknya. Sajikan.



MENU : ,


/

Bingka Keledek

Post this recipes

Bingka Keledek

Bahan-bahannya
330 gm keledek
2 biji telur
60 gm gula
100 gm susu pekat
½ sudu kecil garam
40 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak sapi

Cara membuatnya:

1. Rebus keledek, kupas kulitnya dan lecek hingga halus.
2. Pukul telur dan gula hingga gula hancur.
3. Masukkan susu dan garam, pukul selama 5 minit lagi.
4. Campurkan dengan tepung dan keledek lecek.
5. Sapukan minyak sapi pada acuan 22 cm gelang (berlubang di tengah).
6. Bakar kuih dengan api atas dan bawah pada suhu 200ºC hingga masak.

MENU : ,


/

Talam Keledek

Post this recipes

Lapisan Bawah
800 ml santan (dari 1 biji kelapa)
400 gm keledek – dipotong kiub kecil & dikukus separuh empuk
120 gm tepung beras
120 gm gula pasir
1 sudu kecil air kapur
Sedikit garam

Lapisan Atas
700 ml santan (dari 1 biji kelapa)
100 gm gula pasir
60 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna ungu

Cara membuatnya:



1. Untuk lapisan bawah; satukan tepung beras, gula, air kapur, garam dan santan. Kacau atas api perlahan hingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keledek.

2. Tuang ke dalam loyang 22 cm yang sudah dilengser minyak. Kukus selama 12-15 minit atau hingga masak.

3. Untuk lapisan atas; bancuh semua bahan kecuali pewarna. Tapiskan ke dalam mangkuk dan bahagikan kepada tiga

.4. Masukkan pewarna ungu ke dalam setiap satu, pastikan warnanya berbeza dari ungu pudar ke ungu gelap atau pekat.

5. Tuang bancuhan ungu pudar ke atas lapisan bawah, kukus selama 12-15 minit atau hingga masak.

6. Lapiskan dengan ungu sederhana, kukus lagi. Akhir sekali, tuangkan bancuhan ungu gelap dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

MENU :


/

Kuih Cek Mek Molek

Post this recipes

Kuih Cek Mek Molek

Bahan-bahan
500gm ubi keledek putih
50gm tepung gandum
200gm gula pasir
minyak masak secukupnya

Cara-cara
1. Rebus ubi keledek sehingga empuk. Kupas setelah masak dan lecek.
2. Gaul dan ramas ubi keledek bersama tepung sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh dan bentukkan kepada beberapa bebola. Leperkan sedikit dan sudukan gula pasir sebagai intinya dan bentukkan semula seperti bentuk buah kana.
4. Goreng hingga kekuningan

MENU : ,


/

Kuih Sagu Bronok

Post this recipes


Kuih Sagu Bronok

Bahan-Bahan
1 cawan sagu biji
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam
1/2 tsp esen rose
pewarna merah
daun pandan disimpul

Cara-cara :
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan dan masukkan esen rose dan pewarna merah.
3. Tuang air gula panas tadi sedikit demi sedikit ke atas sagu sambil dikacau. Masak sebentar di dalam kuali biar setengah masak.
4. Angkat dan masukkan dalam loyang. Kukus sekejap 15 minit.
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

MENU : ,


/

Sup Bawang Berkeju

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
100gm mentega
8 biji bawang merah dihiris
1 liter stok daging (stok perang)
2 sudu besar sos Worcetershire
1 helai daun bay
1 sudu makan thyme
2 keping keju
garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara
1. Cairkan mentega didalam periuk dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Tuangkan stok daging, sos Worcetershire, daun bay dan thyme. Biarkan mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Angkat dan hidangkan didalam mangkuk.
4. Hiris keju kecil dan letakkan diatas permukaan sup, masukkan kedalam ketuhar dan bakar seketika. Siap dihidangkan.

MENU :


/

Sup Cendawan Shitake

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
4 sudu makan minyak zaitun
200gm cendawan shitake - dikukus dan dihiris
4 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dicincang
1 helai daun bawang }
10gm daun pasli
375ml susu segar
1 liter stok ayam
garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak zaitun dan masak cendawan hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, bawang besar, bawang merah dan daun bawang cincang. Biarkan selama 5 minit.
3. Tuangkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan cendawan dan biarkan hingga lembut.
5. Masukkan sup kedalam pengisar dan kisar hingga gebu.
6. Masukkan semula kedalam periuk dan tambahkan susu segar. Kacau rata.
7. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
8. Biarkan seketika didalam periuk tetapi jangan sampai mendidih. angkat dan hiaskan dengan daun pasli.

MENU :


/

Sup Krim Brokoli

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
200gm brokoli
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar }
1 biji bawang putih } dihiris
1 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 liter stok ayam
300ml double krim
secubit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukupnya.

Cara-cara :
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang, bawang putih dan juga ubi kentang hingga masak.
2. Masukkan brokoli, stok ayam dan krim, kacau rata.
3. Perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk buah pala.
4. Biarkan sup mereneh selama 10 minit dan tutup apinya.
5. Masukkan sup ke dalam pengisar dan kisar hingga gebu.
6. Masak semula didalam periuk seketika dan hidangkan.

MENU :


/

Kuih Wajik

Post this recipes

Kuih Wajik

Bahan-bahan
1 kg beras pulut
1 kg gula
250 gm gula merah
500ml santan
2 helai daun pandan disimpul

Cara-cara
1. Beras pulut direndam semalaman. Toskan kemudian kukus selama 30 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan gula, santan dan daun pandan kedalam kuali, masak sehingga pekat dan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Masukkan pulut tadi kedalam adunan gula dan gaul rata. Kacau dengan api perlahan hingga pekat dan rata.

MENU : ,


/

Donut

Post this recipes


Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
200ml susu segar/susu sejat ideal (dipanaskan sedikit)
300gm tepung high protein
50gm tepung jagung
1/2 tsp garam
35gm gula kastor
8gm yis segera
1 sudu besar baking powder
50gm majerin/shortening
1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara :
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, garam dan gula didalam mangkuk.
2. Kemudian tuangkan susu yang dicampur dengan yis sedikit demi sedikit dan telur ke dalam adunan tepung. Uli hingga menjadi doh. Pastikan doh tidak melekat dimangkuk adunan, Seeloknya uli doh hingga menjadi elastik.
3. Tutup doh dengan tuala basah selama 30 minit. Biar doh mengembang dua kali ganda.
4. Kemudian ambil doh dan gelek dengan kayu pengelek dan terap dengan acuan donut. Susun diatas loyang yang ditabur dengan tepung utk mengelakkan donat dari melekat. Rehatkan doh selama 15 minit lagi.
5. Goreng hingga kekuningan.
6. Boleh dihias dengan gula, coklat, kekacang dan sebagainya.

MENU :


/

Ayam Goreng Berempah

Post this recipes

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Tumbuk
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
3 ulas bawang putih
5cm halia
1 kiub pati ayam


Cara-cara :
1. Gaul ayam bersama bahan-bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk cili dan garam. Perap selama 30 minit.
2. Goreng hingga masak.

MENU :


/

Murtabak Ayam Mini

Post this recipes

Murtabak Ayam Mini

Bahan A
500gm tepung gandum
200ml air
50ml susu cair
20gm majerin
garam secukupnya

Bahan B
300gm isi ayam - ditumis dengan sedikit minyak
4 biji bawang merah di mayang
3 biji telur
1 sudu teh serbuk ketumbar
garam secukupnya
minyak masak secukupnya

Bahan C (Acar Bawang)
2 biji bawang merah di hiris halus
1 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil air suam
sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan A dan uli sehingga menjadi doh.
2. Bulatkan sebesar bola golf dan salut dengan sedikit majerin. Perap selama 2 jam sebelum boleh ditebar.
3. Gaul sebati bahan B untuk intinya.
4. Kemudian masukkan 4 - 5 sudu besar inti tadi kedalam doh yang telah ditebar. Lipat dua dan goreng hingga masak menggunakan sedikit minyak sahaja.
5. Campurkan semua bahan acar dan gaul sebati. Sedia dihidang bersama martabak mini.

MENU :


/

Kuih Dangai

Post this recipes

Kuih Dangai

Bahan-bahan
600gm kelapa parut
500gm tepung pulut
350gm gula
air secukupnya
garam secukupnya
minyak masak secukupnya

Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan kelapa parut, kemudian masukkan sedikit garam dan air. Ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan menyapu sedikit minyak diatasnya atau boleh juga menggunakan acuan cara yang dileser dengan sedikit minyak
3. Kemudian letakkan adunan tadi dengan 1 - 2cm tebal dan ratakan dan tabur sedikit gula di atasnya.
4. Bakar sehingga masak kemudian bolehlah dilipat dua atau digulung.

MENU : ,


/

Kuih Bom Inti Kacang

Post this recipes




Kuih Bom Inti Kacang

Bahan Doh
240gm tepung pulut di ayak
40gm tepung gandum
160gm keledek dikukus dan dilecek
70gm gula kastor
1/4 sdt garam
200ml air suam

Minyak untuk mengoreng
Bijan secukupnya

Bahan Inti
1200ml air
600gm kacang merah
150gm gula melaka
150gm gula pasir
2 sudu makan tepung ubi
2 helai daun pandan di potong kecil

Cara-cara
1. Inti : Rebus kacang merah yang telah dicuci dengan air hingga kembang.
2. Masukkan gula melaka dan gula pasir, gaul rata dan masaklah hingga hampir kering.
3. Taburkan dengan tepung ubi supaya intinya menjadi kental. Angkat dan gentelkan apabila sejuk.
4. Doh : Gaul bahan doh hingga lembut dan tidak melekat dijari. Bentukkan bulat dan tekan bahagian tengahnya untuk dimasukkan inti. Bentuk bulat sebesar bola golf.
5. Golekkan diatas bijan, sambil ditekan sedikit supaya bijan melekat.
6. Goreng dalam api perlahan hingga kekuningan.

MENU : ,


/

Apam Balik

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
500gm tepung gandum
125gm gula kastor
375ml air
1 biji telur
1 tsp perwarna kuning
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp baking powder

Bahan Inti
150gm kacang tanah
150gm jagung krim
150gm gula pasir
Mentega secukupnya

Cara-cara
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan soda bikabonat, baking powder dan perwarna kuning. Kacau dengan pengadun letrik hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar lagi supaya tepung tidak bergentel. Tapis.
4. Ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali non-stick atau kuali tembaga kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar dan biarkan setengah masak.
5. Angkat penutup dan taburkan bahan inti dan masak hingga kekuningan.

MENU :


/

Godok Tapai Goreng

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
5 ketul tapai ubi yang matang
200gm tepung beras
10gm tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
3 cawan air panas
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Lenyek tapai ubi dan gaulkan dengan sedikit gula
2. Gaulkan tepung beras dan tepung jagung bersama air panas. Masukkan garam, kunyit dan gaul hingga sebati. Sesuaikan kepekatannya tambahkan air jika terlalu pekat.
3. Bentukkan bulat tapai tadi kemudian celupkan ke dalam adunan tepung beras.
4. Goreng hingga perang.

MENU :


/

Iwel-Iwel Keledek

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
6 biji keledek - diparut halus
1 biji kelapa dijadikan 1 cawan santan pekat
garam dan gula secukupnya
Daun pisang dan lidi

Cara :
1. Keledek yang diparut tadi diuli bersama santan pekat.
2. Tambahkan sedikit garam dan gula.
3. Masukkan ke dalam daunn pisang yang di bentuk segi tiga (kon) dan klipkan dengan lidi.
4. Kukus selama 20 - 30 minit

MENU :


/

Puntiran Pulut

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan Inti
1 biji ubi kentang }
1 biji lobak merah } di potong dadu
1 biji ubi keledek }
3 ulas bawang putih }

1 biji bawang besar }
50gm udang kering } di tumbuk
2cm halia }
1 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukupnya
minyak utk menggoreng

Bahan Doh
400gm tepung pulut
air secukupnya

Cara-cara
1. Inti : Tumis bahan tumbuk tadi bersama ubi dan lobak merah yang telah di potong dadu.
2. Masukkan rempah kari, garam dan gula, sedikit air dan biarkan empuk dan kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
3. Doh : Uli tepung pulut dengan sedikit air hingga menjadi doh. Bulatkan doh sebesar bola golf dan leperkan, masukkan inti dan bentukkan bulat-bulat.
4. Goreng di dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan.

MENU :


/

Balungan Berlauk

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan Doh
400gm tepung pulut
200gm tepung pulut hitam
air secukupnya

Bahan Inti
5 batang serai }
5 tangkai cili kering }
1 biji bawang besar } di kisar
3 ulas bawang putih }
100gm udang kering }
1cm halia }
1 sudu teh air asam jawa
1 biji kelapa parut
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1. Inti : Bahan yang dikisar untuk membuat inti tadi digaul dengan kelapa parut.
2. Campurkan dengan sedikit asam jawa, garam dan gula dan gaul rata.
3. Sangai di dalam kuali hingga garing dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
4. Doh : Uli tepung pulut dan tepung pulut hitam dengan sedikit air hingga menjadi doh.
5. Masukkan inti tadi dan bentukkan seperti karipap. Lapik dengan daun pisang sebelum di kukus selama 15 - 20 minit.

MENU :


/

Agar-Agar Kembang Semangkuk

Post this recipes


Agar-Agar Kembang Semangkuk

Bahan-bahan
1 pkt agar-agar serbuk (25gm)
125gm gula merah
125gm gula pasir
1 pkt santan serbuk
250ml air
6 biji kembang semangkuk - direndam hingga kembang dan buang bijinya
1000ml air
1/2 tsp garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
1. Masak air dan agar-agar hingga larut, masukkan gula merah, gula pasir, santan, daun pandan dan garam, masak hingga pekat.
2. Keluarkan daun pandan kemudian masukkan kembang semangkuk.
3. Tuang ke dalam acuan di sukai.

MENU : ,


/

Kuih Lapis Pelangi

Post this recipes




Kuih Lapis Pelangi

Bahan-bahan
240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan pekat
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen rose
1 sudu teh minyak jagung
perwarna, hijau, kuning, merah, pink, biru, ungu

Cara-cara :
1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
2. Bahagikan aduanan kepada 7 bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan di ikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

MENU : ,


/

Chocolate Rasberry Mousse Cake

Post this recipes

Bahan-bahan

Cake

  • 6 tbs mentega tanpa garam, suhu bilik
  • 1 cawan gula perang
  • 1 tsp esen vanilla
  • 2 biji telur grade A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 tbs tepung serbaguna
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 tsp baking powder
  • 1/4 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam halus
  • 3/4 cawan buttermilk (atau 3/4 susu segar + 1 tbs jus lemon)

Raspberry Mousse

  • 4 cawan raspberries segar, tambahan utk hiasan
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1 1/2 tsp serbuk gelatin
  • 2 biji telur grade A, di pukul sedikit
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 tbs jus lemon
  • 3/4 cawan whipping cream

Cara-cara

Raspberry Mousse

  1. Untuk cake, panaskan oven pada suhu 180c dan sapu majerin pada loyang 9 in yang dialaskan dengan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur satu per satu dan pukul lagi hingga rata. Di dalam mangkuk lain ayak tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Tambahkan buttermilk dan masukkan tepung dan kaup balik adunan sehingga rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak dan apabila di cucuk dengan lidi adunan kek tidak melekat. Apabila kek sudah masak, sejukkan selama 20 minit kemudian keluarkan dari loyang dan biarkan ia betul-betul telah sejuk. Kemudian ambil kek tersebut dan masukkan semula ke dalam loyang springfoam yang telah di alas dengan kertas minyak.
  3. Untuk mousse, lecek raspberries dan tapis airnya(ambil 2/3 cawan puri raspberries dan simpan tambahan untuk di hidang bersama kek). Tuang air sejuk ke dalam serbuk gelatin dan kacau. Pukul telur, gula dan jus lemon di atas periuk yang di letakan air panas di bawahnya sehingga kembang dan suam. Angkat dari api dan masukkan gelatin, pukul hingga cair. Ketepikan dan biarkan sejuk sedikit.
  4. Pukul whipping cream dan masukkan campuran mousse dan puri raspberry, kacau rata. Tuangkan ke atas cake dan sejukkan selama 4 jam. Untuk menghidang keluarkan dari loyang springfoam dan hiaskan dengan raspberries segar dan purinya.

MENU :


/

Banoffee Pie

Post this recipes


Sekadar hiasan..


Bahan-bahan

Doh Pastri

  • 1 cwn almond, dibakar sedikit
  • 1 1/4 cawan gandum
  • 2/3 cawan gula kastor
  • sedikit parutan kulit lemon
  • 3/4 tsp serbuk kayu manis
  • 2/3 cawan mentega tanpa garam, potong kecil
  • 1 kuning telur
  • 1 biji telur

Filling

  • 3 biji pisang
  • 1 tin sudu pekat manis
  • 3 tbs gula perang
  • 2 tbs whipping cream
  • 1 tsp esen vanilla
  • 2 tbs mentega tanpa garam

Topping

  • 1 cawan whipping cream
  • 2 tbs gula kastor
  • serbuk koko utk tabur
  • parutan coklat

Cara-cara :

Doh Pastri

  1. Dengan menggunakan food processor blend bersama almonds, gandum, gula, parutan kulit lima dan rempah. Masukkan butter putar hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur, telur dan putar lagi sehingga doh sebati. Uli doh dan masukkan ke dalam bag plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  3. Panaskan oven pada suhu 180c
  4. Ambih doh dari peti sejuk dan canai lebih kurang 1/4 in tebal.
  5. Letakkan doh ke dalam acuan tart dan trim tepinya dan sejukkan semula dlm 15 minit.
  6. Cucuk pastri dengan garpu dan bakar selama 20 minit sehingga ke