kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for June 2009

/

Kuih Serimuka Pandan

Post this recipes

Hanieliza's Cooking: Kuih-muih:

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas.."

MENU :


/

Doh Asas Pau

Post this recipes

Bahan-bahan
500gm tepung Pau/tepung Hong Kong
2 tsp double action baking powder
1 tsp garam halus
2 tbsp gula kaster
2 tsp yis segera
2 tbsp shorterning
250 ml air suam

Inti kacang merah secukupnya (di bulatkan dahulu)

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mangkuk mixer. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan mengembang 2 x ganda. Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan angin. Timbang adunan 35-40gm setiap satu dan bulatkan.
3. Ambil doh dan masukkan inti kesukaan kacang merah/kaya/kelapa/daging atau ayam di tengahnya dan tutup dan bulatkan kembali doh dan letak di atas keratan kertas atau daun pisang. Rehatkan doh selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
4. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit. Buka tutup pengukus dengan perlahan supaya wap air tidak terkena kuih pau.

Bahan Inti Ayam
300 gm isi ayam di potong dadu
3 biji kentang di dadu
1 batang lobak merah kecil di potong dadu
2 tbsp serbuk kari ayam
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
daun sup di cincang kasar
minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih di cincang
3 ulas bawang merah di hiris

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, isi ayam dan kacau rata. Masukkan kentang, carrot, garam dan air. Biarkan mendidih dan pekat. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam pau.

MENU :


/

Kuih Lapis Kacang Merah

Post this recipes

Hanieliza's Cooking: Kuih-muih:

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]


Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus
Pewarna merah
1/4 cawan air

Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan


Bahan C
1/4 cawan air
1 s/b tepung jagung

Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan

Cara memasak
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.
5. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau pelastik.

Kak liza gunakan pembaris pelastik [panjang 18 inci ] untuk memotong kueh tu supaya sama saiz..."

MENU :


/

Pankek

Post this recipes

Sumber : Hanieliza

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A atau B
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker. [Boleh gunakan blender]
2. Tapiskan.
3. Sendukkan dalam Artnova Pot. [Jika gunakan non-stik pan titiskan sedikit minyak]
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair."

MENU :


/

Karipap Pusing

Post this recipes

Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan:

1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api"

MENU :


/

Agar-agar Lobak Merah

Post this recipes

Agar-agar Lobak Merah

Bahan A
200ml jus lobak merah
300ml air
100gm gula
10gm serbuk agar-agar

Bahan B
100ml susu segar

Cara-cara :
1. Masak bahan A sehingga mendidih. Ambil 100ml agar-agar (bahan A) tadi dan campurkan kedalam bahan B. Masak sehingga mendidih.
2. Ambil lagi 100ml agar-agar (bahan A) dan tuangkan ke dalam acuan berbentuk V. Setelah dibekukan, lakarkan permukaan dgn garpu, masukkan bahan B.
3. Lakarkan sekali lagi di atas permukaan no. 2 setelah beku. Tuangkan agar-agar yang selebihnya dari bahan A dan sejukkan.

MENU : ,


/

Puding Cendol Gula Melaka

Post this recipes

Puding Cendol Gula Melaka

Bahan A
15gm serbuk agar-agar
120gm gula
500ml air
100ml susu cair
100ml santan pekat
1 mangkuk cendol
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn 1 sudu air)

Bahan B
10gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
50gm gula
100gm gula melaka
200ml air
100ml santan pekat
100ml susu segar

Cara-cara :
1. Masak serbuk agar-agar bersama gula dan air daripada bahan A sehingga mendidih. Masukkan santan dan susu cair, kemudian masukkan tepung jagung. Masak diatas api dan kacau sehingga pekat.
2. Tuangkan ke dalam loyang empat segi berukuran 9 inci. Masukkan cendol, kemudian sejukkan. Lakarkan di permukaan agar-agar tadi dgn garpu.
3. Masak serbuk agar-agar, gula, gula melaka dan air daripada bahan B sehingga mendidih. Masukkan santan, susu segar dan kuning telur, kacau hingga sebati. Tuangkan keatas no. 2. Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.

MENU : ,


/

Puding Tauhu

Post this recipes


Puding Tauhu

Bahan-bahan
1500ml susu kacang soya
10gm serbuk agar-agar
150gm gula
3 sudu besar coffee mate

Utk hiasan : ceri merah, buah longan, ceri maroshino (hias di atas puding)

Cara-cara :
1. Masak susu kacang soya, serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih. Masukkan coffee mate dan kacau hingga larut.
2. Sediakan acuan yang besar, tuang sedikit agar-agar dan masukkan ceri merah dan buah longan ke dalamnya. Tuangkan lebihan agar-agar sehingga habis, biarkan seketika dan sejukkan. Keluarkan dari acuan, hias dgn ceri marashino diatasnya.

MENU : ,


/

Puding Cendol Indonesia

Post this recipes


Puding Cendol Indonesia

Bahan A
300ml air
60gm gula kastor
8gm (1/2 sudu besar) serbuk agar-agar

Bahan B
Sedikit perwarna merah, kuning, ungu

Bahan C
100gm cincau (potong dadu)
100gm cendol
80gm sago berwarna merah (masak dgn air yg banyak, toskan)

Bahan D
1200ml santan cair atau (400ml santan pekat + 800ml air)
20gm (2 sudu besar) serbuk agar-agar
300gm gula kastor
1/8 sdt garam
*** jika suka lebih bersantan, kurangkan sukatan air dan tambahkan disukatan santannya.

Bahan E (campurkan)
100ml air, 80gm tepung kacang hijau

Peralatan : Loyang 9" empatsegi

Cara-cara :
1. Masakkan bahan A sehingga serbuk agar-agar larut. Bahagikan kpd 3 bahagian, masukkan perwarna di setiap bahagian yg berasingan drp bahan B. Setelah agar2 beku, potong dadu.  Ketepikan.
2. Masakkan bahan D sehingga serbuk agar-agar larut. Masukkan bahan E. Masak sekejap sehingga mendidih, alihkan daripada api. Bahagikan kpd tiga bahagian. Satu bahagian diletakan cincau dan jeli merah yg dipotong dadu. Bahagian kedua tambahkan cendol dan jeli ungu yg dipotong dadu. Bahagian ketiga masukkan sago merah dan jeli kuning yg dipotong dadu.
3. Tuangkan no. (2) selapis demi selapis ke dalam acuan. Biarkan setiap lapisan pejal dahulu sebelum masukkan lapisan yg seterusnya.
4.  Dalam gambar kakwan menggunakan loyang 8" jadi lapisannya agak tebal sedikit.

MENU : ,


/

Coconut Sprinkle

Post this recipes

Sumber : Chef Zubaidah

Bahan A
100gm mentega
20gm shortening
90gm gula kaster
1/2 tsp perwarna hijau epal
1/2 biji kuning telur

Bahan B
140gm tepung naik sendiri
50gm tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
30gm kelapa kering - dikisar halus

Hiasan : Kelapa kering diwarnakan hijau, coklat masakan putih dan kuning telur

Cara-cara
1. Sebatikan bahan A
2. Masukkan bahan B dan gaul rata
3. Canai dan terap dgn acuan pilihan dan sapukan kuning telur dan taburkan kelapa kering.
4. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.
5. Setelah biskut sejuk paipkan coklat masakan putih dan hias dgn kelapa kering.

MENU :


/

Strawberry Red Velvet Cookies

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan A
260gm mentega
40gm shortening
140gm gula kastor
1/4 tsp soda bikabonat
1 sudu teh pes strawberry
1/2 sudu teh perwarna merah

Bahan B
60gm nestum dikisar halus
60gm serbuk badam/hazel

Bahan C
50gm tepung jagung
20gm tepung kentang
300gm tepung gandum

Hiasan : Kuning telur, manik hiasan

Cara-cara
1. Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2. Masukkan bahan C dan uli lembut.
3. Canai dan terap dgn acuan pilihan dan sapukan dgn kuning telur dan hiaskan dgn manik warna
4. Bakar pada suhu 140c selama 25 minit atau hingga kekuningan.

MENU :


Top recipes this week

Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top