Follow Me

Kuih Buah Gomak Kelantan / Kuih Kepal


Kuih Buah Gomak Kelantan / Kuih Kepal

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 sudu besar air

100gm beras untuk salutan
(cuci,tos dan sangai hingga kekuningan, kemudian kisar menjadi serbuk) 

Cara-cara
1. Campurkan tepung beras bersama gula, garam, sedikit air dan pes pandan, kacau rata.  Masukkan kelapa parut dan gaul rata
2. Masak di atas api sederhana dan kacau hingga bergentel.  Tutup api, biarkan suam sedikit.
3. Ambil adunan, kepalkan sebesar bola pingpong kemudian golekkan di atas beras kisar dan sedia dinikmati.
previous article
Newer Post
next article
Older Post



Post a Comment

Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (http://2.bp.blogspot.com/-hmDS9fqYd1k/VTqJsqr_YZI/AAAAAAAAjmo/wREmd8gMjz4/s1600/Layer-1%2Bcopy.png)

Name

Email *

Message *