BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Karipap inti telur rebus



Sumber : resipi citarasawan

Bahan Kulit
500gm tepung gandum
200gm marjerin
160ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
2 sudu besar minyak
1 labu bawang besar di cincang
200gm daging/ayam dicincang
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari
100ml air - utk daging
250gm ubi kentang didadu dan direbus
Sedikit daun sup
Gula dan garam secukupnya
Telur rebus - jika suka

Cara-cara
1. Inti : Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga wangi. Masukkan daging dan biarkan hingga masak.
2. Kemudian masukkan daun kari, rempah dan air. Biar empuk, masukkan kentang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
3. Kulit : Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaul dengan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh. Tutup dan biarkan selama 30 minit.
4. Canai dan terap doh bentuk bulat. Isikan dengan inti, tangkup dan klim tepi kelilingnya.
5. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.





MENU :

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top