Follow Me

Kueh Bangkit Nyonya


Kueh Bangkit Nyonya

Bahan-bahan
450gm tepung ubikayu
50gm tepung gandum
200gm gula icing
250ml santan
3 biji kuning telur
Daun pandan -  di potong

Cara-cara :
1.  Sangai tepung ubi dan tepung gandum bersama daun pandan hingga ringan.  Sejukkan semalaman dan ayak untuk membuang cebisan daun pandan.
2.  Pukul telur dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan santan dan kacau hingga rata.
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
4.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.  Susun di dalam loyang yang di gris atau di alas baking paper (silicon mat)
5.  Bakar pada suhu 160c selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

 *** Jika adunan terlalu lembut, tambahkan sedikit tepung gandum dan jika doh mengering tambahkan sedikit santan uli semula hingga lembut.
previous article
Newer Post
next article
Older Post



Post a Comment

Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (http://2.bp.blogspot.com/-hmDS9fqYd1k/VTqJsqr_YZI/AAAAAAAAjmo/wREmd8gMjz4/s1600/Layer-1%2Bcopy.png)

Name

Email *

Message *