728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Monday, June 20, 2011

Biskut Sagu Keju / Cheesey Sago Cookies


Biskut Sagu Keju

Bahan-bahan
300gm tepung sagu
70gm tepung gandum
2 helai daun pandan
150gm mentega
120gm gula kastor
1 biji kuning telur
60gm keju cheddar, parut
50ml santan (kara)

Cara-cara:
1. Sangai tepung gandum, tepung sagu dan daun pandan dengan api kecil hingga daun pandan kering. Angkat, sejukkan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan lembut, masukkan kuning telur, adun hingga sebati.
3. Satukan tepung dan keju parut, masukkan santan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Masukkan adunan kedalam plastik dgn nozzle yang disukai, tekan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan marjerin dan di tabur tepung. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit atau hingga masak.
Biskut Sagu Keju / Cheesey Sago Cookies
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top