728x90 AdSpace

sedang menyediakan hidangan kegemaran suami, anak dan cucu :)
Monday, September 7, 2009

Biskut Tart Nenas Gulung

Biskut Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan
150gm mentega
100gm marjerin
30gm gula aising, diayak
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
300 g tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
1 tsp baking powder
2 Tbsp susu tepung - jika suka
jem nanas secukupnya

Glaze
2 biji kuning telur + sedikit air dan setitik perwarna kuning untuk sapuan

Cara-cara
1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pukul sekejap hingga rata.
3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. Ambil sedikit doh, letak di dalam acuan (picit seperti semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran sepanjang 6 cm. Letak jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulungkan kemas.
4. Sapu atasnya dengan kuning telur. Bakar pada 160C selama 20-25 min atau hingga keemasan.
Biskut Tart Nenas Gulung
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top