728x90 AdSpace

sedang menyediakan hidangan kegemaran suami, anak dan cucu :)
Friday, May 15, 2009

Agar-agar Tembikai



Agar-agar Tembikai

Bahan-bahan
10 g serbuk agar-agar
160 g gula pasir
800 ml air
1 sudu teh esen ros, jika suka
4 biji putih telur
120 g gula kaster
pewarna merah & hijau

Cara membuatnya :
1.  Jerang agar-agar, gula pasir serta air hingga mendidih dan gula larut. Masukkan esen dan perlahankan api ke tahap paling rendah.
2.  Putar putih telur dan gula kaster hingga separuh kental.
3.  Basahkan mangkuk bulat (boleh memuatkan 2 liter).
4.  Ambil 1/8 agar-agar panas, warnakan hijau, campurkan dengan 1/8 putih telur. Kacau hingga sebati kemudian tuang ke dalam loyang. Bentukkan mengikut mangkuk (sebagai kulit tembikai).  Biar keras sedikit.
5.  Ambil 1/8 agar-agar panas lagi, campurkan dengan 1/8 putih telur dan kacau. Tuang ke dalam loyang. Bentukkan seperti bahagian putih pada tembikai (antara kulit dan isi).
6.  Campurkan warna merah pada baki agar-agar, campurkan dengan baki putih telur. Ratakan di dalam mangkuk (sebagai isi tembikai). Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.  Hias dengan blackcurrent atau kismis sebagai biji tembikai.
Agar-agar Tembikai
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top