BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Pulut Bangkok / Pulut Pisang

Pulut Bangkok / Pulut Pisang

Bahan A
500gm beras pulut
300ml air
100ml santan pekat (KARA)
Pewarna hijau
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang nangka atau pisang tanduk ( kukus sebentar bersama kulitnya)

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
sedikit air (1 sudu besar)
1 biji kelapa parut putih
1/4 teh garam
1 helai daun pandan

Cara-cara : 
1.  Rendam pulut dgn pewarna semalamam.  Toskan
2.  Kukus sebentar pisang bersama kulitnya.  Keluarkan kulitnya dan biarkan sejuk.
3. Masukkan santan, air dan garam, gaul rata bersama pulut.  Kukus selama 30 minit dengan daun pandan hingga masak.
3. Keluarkan pulut, gaul rata.  Ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang yang di lapik dengan bamboo mat atau sushi mat, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
4. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
5. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
6. Ambil pulut yang digulung tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.

MENU :

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top