728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Wednesday, January 2, 2013

Daging Halia

Daging Halia
Sumber :  Trymasak

Bahan-bahan:
300gm daging - 2 ketulan besar

3 hiris halia
2 ulas bawang putih 
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan kicap manis
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak bijan

1/2 sudu teh lada hitam 
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
1.  Hiris nipis bawang putih dan halia.
2.  Masukkan daging, bawang putih, halia, bunga lawang, air, kicap, lada hitam, minyak bijan dan cuka ke dalam periuk.
3.  Dengan api yang kecil, renehkan daging selama 3 jam.
4.  Apabila masak, hiris nipis daging tersebut dan curah kuahnya.

 Daging Halia
Daging Halia
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top