BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Bingka Keladi / Kuih Bakar Keladi

Bingka Keladi / Kuih Bakar Keladi

Bahan-bahan
100gm tepung beras
150gm tepung gandum
100gm gula pasir
300gm keladi dadu (rebus dan lenyek)
2 biji telur A - pukul ringan
300ml santan KARA
250ml air
1 sudu teh garam
1 sudu besar mentega cair
Pewarna ungu secukupnnya

100gm keladi dadu untuk taburan
Bijan putih secukupnya untuk taburan

Loyang 8 in atau acuan cara - Gris dengan minyak

Cara-cara :
1.  Satukan tepung gandum dan tepung beras.  Ketepikan.
2.  Satukan santan, air, gula, garam dan keladi di dalam pengisar.  Kisar hingga halus.
3.  Tuang ke dalam tepung dan kacau menggunakan whisk tangan hingga licin dan tidak berketul.
4.  Masukkan telur, pewarna dan mentega cair, kacau hingga sebati. 
5.  Panaskan oven pada suhu 190C.  Masukkan acuan, panaskan hingga minyak berdesir.
6.  Keluarkan acuan, masukkan 1/2 adunan dan tabur dengan keladi dadu.  Tuang baki adunan hingga habis dan tabur dengan bijan.
7.  Bakar api atas dan bawah selama 45 - 60 minit atau hingga masak. 
8Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Bingka Keladi / Kuih Bakar Keladi



Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top