728x90 AdSpace

Kek Lapis Polkadot untuk Aidil Adha.. jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat 3hb Oct 14.. ada step lagi :)
Friday, December 28, 2012

Rainbow Cracker Cheese in a Jar


Rainbow Cracker Cheese in a Jar

Bahan-bahan
500gm cream cheese - lembutkan suhu bilik
70gm gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan putih - cairkan secara double boil
1 1 /2 sudu besar gelatin halal - halagel
50ml air
300ml dairy whipping cream - pukul hingga kental (simpan dulu dalam peti sejuk)
Pewarna unggu, biru, hijau, orange,kuning dan merah

Bahan Lapisan:
150gm biskut cheese crackers Ritz - ramas halus
6 biji Jar 230ml

Cara-cara :
1.  Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin biarkan selama 5 minit.  Kemudian cairkan secara double boil atau cairkan dalam microwave oven.  Ketepikan.
2.  Pukul cream cheese dan gula hingga lembut dan tidak berketul.  Masukkan esen vanila.   Pukul rata.
3.  Masukkan coklat putih dan gelatin sedikit demi sedikit sambil di putar hingga rata.
4.  Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.
6.  Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu.  Gaul rata dan masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat.
7.  Picit adunan cheese unggu ke dasar jar, kemudian sudukan satu sudu besar cheese cracker ke atasnya.
8.  Lapis pula dengan adunan cheese biru dan sudukan satu sudu besar cheese cracker ke atasnya.  Ulangi lapisan adunan cheese dan cheese craker hingga habis dan terakhir sekali dengan adunan cheese merah.
9.  Simpan di dalam peti sejuk.  Hias jar mengikut suka.

Rainbow Cracker Cheese in a Jar

Sesuai untuk party kanak-kanak atau doorgift.
Rainbow Cracker Cheese in a Jar
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top