BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Sangkaya Labu / Thai Pumpkin Custard

Sangkaya Labu / Thai Pumpkin Custard

Bahan-bahan
1 biji labu sederhana besar
300ml santan pekat
5 biji telur itik atau (campuran 4 telur itik dan 1 telur ayam) - kocok ringan
250gm gula melaka - di racik halus
1/2 sudu air kapur
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di gunting kecil dan di tumbuk

Cara-cara :
1. Racik gula melaka hingga halus.
2. Bersihkan labu, buang bahagian atasnya dan keluarkan biji labu dengan sudu hingga habis. Cuci dan ketepikan.
3. Tumbuk daun pandan, masukkan ke dalam telur, bersama santan, garam dan gula melaka dan gaul sebati hingga gula larut. Tapis.
4. Tuangkan adunan tadi kedalam buah labu. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
5. Sejukkan dahulu dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dgn pemotong plastik.
6. Telur ayam boleh juga digunakan tetapi hasilnya tidak begitu baik.
Sangkaya Labu / Thai Pumpkin Custard

*** Tambahkan masa mengukus jika adunan kastard masih lembut, cucuk dengan lidi, jika tidak melekat bolehlah di angkat dan di sejukkan dahulu sebelum di potong.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top