BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Kuih Beko Pandan / Bingka Kelapa Pandan


Kuih Beko / Bingka Kelapa

Bahan-bahan
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Cara-cara :
1.  Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata.  Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.   Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
2.  Leser acuan baulu / cara dengan minyak.  Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.

3.  Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh.  Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan. 


MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top