BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Tauhu Puff Kukus


Tauhu Puff Kukus 

Bahan-bahan
15 biji tauhu puff (tahu pok)
15 ekor udang sederhana

Adunan Isi
150gm isi ayam
100gm isi udang
2 sudu besar tepung jagung / tepung gandum
1 tangkai daun bawang -di hiris
2 ulas bawang putih di parut halus
1/2 inci halia parut halus
1 biji telur ayam - pukul ringan
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk cili

Cara-cara :
1.  Hiris melintang tauhu puff di bahagian atas untuk membuat lubang.  Ketepikan.
2.  Bersihkan udang, buang kulit dan tinggalkan kulit pada bahagian ekornya.  Tos dan keringkan di atas tissue dapur.
3.  Adunan Isi :  Isi ayam dan udang di cincang hingga halus dan gaulkan hingga sebati dengan bahan-bahan yang lain.
4.  Ambil sebiji tauhu puff, isikan 2 sudu kecil inti di dalamnya hingga penuh.  Letakkan seekor udang di atasnya.  Buat hingga habis.

5.  Panaskan pengukus, kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.
6.  Hidang bersama sos cili.


7.  Boleh juga di goreng.

Sos Cili
4 tangkai cili merah
2 hiris halia
5 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
2 sudu besar cuka
1 cawan air
2 sudu besar sos tomato
1 sudu teh tepung jagung + 2 sudu teh air (larutkan)

Cara-cara :
1.  Potong cili merah kecil2, buang bijinya.  Kisar bersama air, cuka, halia, garam dan gula hingga halus.  Masak hingga mendidih, masukkan sos tomato dan larutan tepung jagung.  Masak seketika hingga sos nampak pekat.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top