728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Tuesday, October 25, 2011

Cara Membuat Bakul Pastri / How to make pastry basket


Bakul Pastri / Pastry Basket
Sumber :  Chef Baini

Bahan-bahan
800gm tepung gandum
150gm marjerin
250ml air ais
1 biji kuning telur untuk sapuan
1 biji putih telur / sedikit air untuk gam

Peralatan Bakul Pastri
Pengelek
Pengelek Tart
Acuan aluminium / mangkuk kaca tahan panas
Pizza Cutter / Pemotong / Gunting
Berus
pemotong bulat kecil dan besar
wire besi


Cara Menyediakan Doh Pastri :

1.  Gaul tepung bersama marjerin hingga menjadi serbuk roti.  Masukkan air dan uli sebati hingga menjadi doh. 
2.  Canai setebal 1/2cm dan gelek menggunakan tart roll.  Potong mengikut jalur secara memanjang dengan lebar 2cm.
3.  Sediakan bekas (mangkuk kaca tahan panas / acuan aluminium).  Cara penyediaan menganyam bakul sama seperti seni bakul roti.

*** Doh agak keras tetapi jangan di tambah lagi air, doh akan menjadi lembut selepas di uli dan di canai

Cara Penyediaan Bakul Pastri :
1.  Sediakan doh pastri (untuk doh coklat, masukkan pewarna coklat dan coklat emulco) dan peralatan.


2.  Canai setebal 1/2cm dan terap menggunakan tart roll untuk memberi kesan jaluran seperti tali.


3.  Potong memanjang menjadi tali dengan lebar 2cm menggunakan pizza cutter.


4.  Sediakan mangkuk aluminium, sapu dengan marjerin di sekelilingnya supaya bakul tidak melekat dan senang di keluarkann selepas di bakar.


5.  Sediakan doh untuk dasar bakul, potong menggunakan pemotong bulat yang besar, kemudian potong menggunakan pemotong lebih kecil di bahagian tengah.  Jadikan bentuk cincin untuk di jadi dasar bakul.  manakala potongan bulat di tengah tadi di simpan untuk di lekatkan kembali ke dalam cincin.


6.  Letakkan cincin tadi di dasar bakul.  Ambil jaluran tali dan mula lekatkan di sekeliling cincin hingga habis.  Biarkan tali 1 in lebih panjang dari aras bawah mangkuk.

7.  Sediakan doh coklat, canai dan potong jaluran tali seperti doh asal.


8.   Buat ayaman warna asal dan coklat berselang seli ke atas dan ke bawah hingga habis.  Bilangan jaluran tali  mestilah dalam angka genap contoh 8 kpg, 10, 12 atau 16 keping bergantung pada saiz bakul yang hendak di sediakan.  Untuk bakul kecil seperti di atas, K1 gunakan 8 keping jaluran tali.

9. Setelah siap, gunting lebihan tali lebih sedikit dari paras bawah mangkuk kerana tali akan menyusut sedikit.  Rapikan dahulu mana yang longgar dengan menyapu air atau putih telur.


10. Menyediakan penyudah tepi bakul :  Ukur panjang keliling bakul.  Ambil 3 jaluran tali coklat, jadikan satu tonjang yang cukup panjang mengelilingi bakul.


11.  Lekatkan toncang mengeliling bakul dan tutup atas cincin yang berlubang.  Cucuk sedikit dengan garpu dan gamkan dengan menggunakan putih telur atau air untuk melekatkannya.  Kemudian ambil berus dan sapu kuning telur ke seluruh bakul.

12.  Letak di dalam dulang pembakar dengan kedudukan seperti diatas dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 35-40 minit pada suhu 180C.


13.  Menyediakan Penutup Bakul :  Sediakan bekas separa bulatan (boleh gunakan bekas dari aluminium foil atau bekas tahan panas) untuk bekas aluminium foil di bawah alas dengan 2 kepingan foil dan sokong dengan bekas kecil di bawahnya supaya tidak ranap kerana berat lapisan di atasnya.

14.  Ambil 2 keping jaluran tali untuk di jadikan dasar, satu pada permukaan dan satu lagi di bahagian tepi bakul.  Mula menganyam berselang seli seperti di bawah hingga habis.  Gamkan dengan air atau putih telur.


15.  Potong lebihan tali dan rapikan.  Buat satu lagi toncang sebagai penyudah tepi penutup bakul.  Gamkan dengan air atau putih telur.


16.  Setelah siap, sapu penutup bakul dengan kuning telur.  Bakar di dalam oven dengan kedudukan seperti di atas.


17.  Menyediakan Tangkai Bakul :  Buat satu toncang, ukur dan anggarkan panjang tangkai.


18.  Sediakan satu wire besi, cucuk ke dalam tangkai hingga ke hujungnya.  Tinggal lebihan wire 1/2 in untuk di cucuk di tepi bakul.  Sapu dengan kuning telur dan bakar dengan kedudukan seperti di atas hingga kekuningan.

19.  Menyediakan Penyudah Bibir Bakul :  Letakkan tutup bakul di atas bakul.  Untuk bahagian yang tidak di tutupi, ukur panjangnya dan sediakan satu lagi toncang.  Bakar dengan kedudukkan melengkung.

20.  Menyudahkan Bakul : Sediakan royal icing sebagai pelekat bakul dan penutupnya.  Pipe royal icing di permukaan bakul dan letakkan penutup dan penyudah bibir bakul.  Ambil tangkai bakul dan cucuk di bahagian tepinya.  Gamkan dengan royal icing.

21.  Hias dengan bunga dari gumpaste dan isi dengan tart nenas berbentuk buah-buah jika untuk di jadikan hantaran.


22.  Selamat Mencuba :  Untuk mendalami cara-cara menyediakan bakul pastry, di syorkan mengikuti kelas bakul pastry dari Chef Baini atau mana-mana chef pastri kerana K1 tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berhubung dengannya kerana setiap pertanyaan memerlukan penjelasan panjang lebar.  Harap maaf ..

Cara Membuat Bakul Pastri / How to make pastry basket
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top