BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Roti Bakar Daging Berkeju



Roti Bakar Daging Berkeju

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
100gm sayur campuran
30gm parutan keju cheddar 

Bahan Inti
250gm daging cincang
1/2 labu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar marjerin untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari
garam secukup rasa

Adunan Telur
3 biji telur di pukul sedikit
250ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
20gm marjerin cair 

Cara-cara :
1.  Inti :  Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.  Masukkan serbuk kari, gaul rata.  Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air, perasakan dengan sedikit garam, biar sehingga daging empuk.  Tambahkan tepung gandum, gaul hingga sebati dan kering.
2.  Adunan Telur :  Satukan telur, marjerin cair dan susu cair, kacau hingga rata, masukkan sedikit garam dan lada sulah.  Sebatikan.
3.  Potong tepi roti.  Celup roti ke dalam adunan telur, kemudian masukkan ke dalam acuan remekin atau acuan yang disukai yang telah dileser dengan marjerin terlebih dahulu.


4.  Letak inti daging ditengahnya, tabur dengan sayur campuran dan parutan keju.  Kemudian tuang baki adunan telur ke atasnya.
5.  Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top