728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Monday, September 27, 2010

Nasi Kerabu Biru, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan





Nasi Kerabu Biru, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Bahan-bahan
250gm beras brasmathi
30 kuntum bunga nasi kerabu (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan
(Cuci beras, masukkan air dan air bunga, gaul rata, letak daun pandan dan masak nasi seperti biasa)



Bahan Sambal Lada
50gm cili padi
100gm cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula)

Bahan Sambal Tumis
Bahan A
10 biji cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia

Bahan B
2 batang serai di ketuk
2 keping asam gelugor
250ml santan cair
garam secukup rasa

Bahan C
2 sudu besar budu
2 sudu besar gula melaka racik
250ml santan pekat
garam secukup rasa


Cara-cara  :
1.  Kisar bahan A hingga lumat.
2.  Satukan bahan B dan masak hingga pecah minyak.  Masukkan bahan A dan bahan C dan masak hingga pekat dan pecah minyak.

Bahan Sambal Ikan
1/2 biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1.  Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
2.  Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dengan gula melaka, gula dan garam.  Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.  Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.



Bahan Ulam
timun
taugeh
daun kesum
daun serai kayu
kubis jika suka
(Mayang semuanya halus-halus

Bahan Gandingan
Telur masin
keropok
ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok lada
Bawang jeruk
Nasi Kerabu Biru, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top