728x90 AdSpace

Kek Lapis Polkadot untuk Aidil Adha.. jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat 3hb Oct 14.. ada step lagi :)
Tuesday, January 5, 2010

Talam Bakar Berlauk

Talam Bakar Berlauk

Bahan-bahan
500ml santan pekat
600ml air
5 biji telor
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk halia
seulas bawang putih di tumbuk halus
sedikit pewarna kuning

Bahan Inti
200gm daging cincang
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1cm halia ditumbuk
1 sudu besar rempah kari daging
sedikit minyak masak

Bahan hiasan
2 tangkai daun sup dihiris
sedikit bawang goreng
2 biji cili merah dihiris

Cara-cara
1. Masak santan hingga naik wap. Angkat dan ketepikan
2. Pukul telor hingga kembang dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan santan, garam, serbuk halia dan bawang putih. Kacau rata dan bubuh sedikit pewarna kuning.
4. Panaskan acuan dan tuangkan adunan, kemudian bakar separuh masak.
5. Kemudian angkat adunan tadi dan taburkan bahan inti dan bakar semula didalam ketuhar sehingga masak.

Bahan Inti
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan daging, rempah, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kering. Ketepikan untuk ditabur keatas talam bersama bahan hiasan.
no image
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top