Loading

Agar-agar Lapis Koko / Puding Lapis Koko



Agar-agar Lapis Koko / Puding Lapis Koko

Bahan A
1000ml air
250gm gula
20g serbuk agar-agar

Bahan B (campurkan sekali)
1 sudu serbuk koko
1 sudu perisa kopi
100ml air panas

Bahan C (campurkan sekali)
3 biji kuning telur (dipukul sedikit)
200ml susu cair
100ml air panas
1 sudu esen vanila

Cara-cara
1. Masak bahan A, kacau sehingga larut. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Tuangkan salah satu bahagian no. 1 ke dalam bahan B dan gaul sebati.
3. Tuangkan bahagian no. 1 yang kedua ke dalam bahan C, gaul hingga sebati.
4. Kemudian tuangkan 1/3 bahagian daripada no. 3 ke dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sehingga beku.
5. Gunakan garpu dan lakarkan di atas permukaan jeli tadi. Tuangkan 1/3 bahagian no. 2 di atas permukaan tadi, kemudian sejukkan.
6. Ulangi cara yang sama untuk lapisan seterusnya hingga habis. Masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh di hidangkan bila-bila masa
previous article
Newer Post
next article
Older Post

Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (https://lh5.googleusercontent.com/y5wZkKns9HuijfimakFqWBbcS3pbJsKyokOA3H_LMjZLAvmC_0vELq1MDUnKpiwp0-njGg=w1896-h852)

Name

Email *

Message *