728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Tuesday, May 19, 2009

Puding Lapis Keladi

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-Bahan
30gm agar-agar segera
2 1/2 cwn gula kasar
1 1/2 cwn keladi yang direbus dan dilenyek
1 tin susu cair
1 kotak santan segera
secubit garam
2400ml air
1 sudu kecil tepung jagung
beberapa titis perwarna ungu
beberapa titis esen keladi

Cara-cara :
1. Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih, kemudian masukkan susu cair, gula, santan dan garam.
2. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu dibiarkan warna asal manakala satu lagi dicampurkan perwarna ungu, keladi lenyek, esen keladi dan tepung jagung.
4. Masak semula di atas api adunan bercampur kelai sehingga mendidih.
5. Sediakan loyang empat segi, lapiskan selapis-selapis berselang-seli putih dan ungu. Tinggalkan sedikit kedua-dua adunan.
6. Setelah keras, potong nipis dan lekatkan pada bahagian dasar dan keliling loyang. Tuangkan baki adunan ke dalam loyang perlahan-lahan agar agar-agar yg melekat pada dasar dan sekeliling loyang tidak tertanggal.
7. Biarkan keras, baru dihiaskan.
no image
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top